Siakap Keli
Ais Semakin Cair
Kredit: AFP

Ais Di Gunung Everest Kini Mencair, Mayat Pendaki Beku Sekian Lama Mula Kelihatan

Ais Di Gunung Everest Kini Mencair, Mayat Pendaki Beku Sekian Lama Mula Kelihatan

Ais di Gunung Eeverest yang kian mencair akibat perubahan iklim kini mula mendedahkan mayat pendaki-pendaki yang sebelum ini tertimbus dan membeku, lapor AFP

Perkara berkenaan didedahkan oleh seorang tentera, Mejar Aditya Karak yang mengetuai pasukan terdiri daripada 12 anggota tentera dan 18 pendaki membersihkan gunung Nepal di Everest dan puncak bersebelahan Lhotse dan Nuptse.

Sejak lapan musim lalu, seramai 300 pendaki terkorban di gunung tersebut ketika menyertai ekspedisi yang bermula sejak tahun 1920-an lagi.

Ais di Gunung Everest mencair kerana perubahan iklim, mayat pendaki beku mula kelihatan

Menurut Aditya, secara keseluruhan pasukannya setakat ini berjaya menemui lima mayat, termasuk satu daripadanya yang hanya tinggal rangka untuk dibawa turun.

“Paling mencabar adalah membawa turun mayat dari ketinggian 8,700 meter berhampiran puncak,” katanya.

Ramai pendaki maut ketika di “Zon Kematian”, di mana udara nipis dan paras oksigen rendah meningkatkan risiko penyakit ketinggian.

Disebabkan keadaan cuaca yang terlampau sejuk, mayat pendaki yang maut ketika cuba menawan puncak gunung setinggi 8,848 meter itu masih dalam keadaan baik. Malah ada antaranya sudah beberapa dekad bersemadi di sana.

Ujar Aditya lagi, pasukan penyelamat memerlukan masa sehingga berjam-jam untuk memecahkan ais menggunakan kapak. Adakalanya, mereka turut menggunakan air mendidih untuk mencairkan ais-ais tersebut.

Mayat yang diselamatkan terpaksa diseretkan ke bawah menggunakan kereta luncur plastik

Tambahnya, masih banyak mayat bergelimpangan di lereng bukit berkenaan dan ada yang ditimbus oleh salji atau berada di celahan batu gunung.

Menurut AFP, usaha membawa turun mayat-mayat pendaki yang terkorban di atas puncak Gunung Everest merupakan topik yang kontroversi bagi banyak pihak.

Operasi berkenaan biasanya menelan kos sehingga ribuan Dollar dan memerlukan sehingga lapan orang pendaki untuk membawa turun satu mayat.

Berat mayat yang beku dikatakan boleh mencecah sehingga 100 kilogram. Manakala pada altitude tinggi, keupayaan seseorang individu untuk membawa beban berat terjejas teruk.

BACA: Pesawat Ringan Jenis PA-28-161 Mendarat Cemas Dekat Pelabuhan Klang

Sumber: AFP

Athirah

When nothing goes right, go left.