Siakap Keli
filem marvel kl menara merdeka
Gambar: Thunderbolts, BERNAMA

Dalam Pembikinan, Filem Marvel Thunderbolts Ada Babak Di KL & Menara Merdeka 118?

Dalam Pembikinan, Filem Marvel Thunderbolts Ada Babak Di KL & Menara Merdeka 118?

Malaysia sememangnya antara negara yang tidak asing lagi dalam dunia perfileman dan sering menjadi lokasi penggambaran filem-filem dari luar negara.

Dahulu, kita melihat lorong-lorong dan jalan-jalan di Kuala Lumpur muncul dalam filem-filem dari Hong Kong dan China.

Selepas itu, ibu negara juga pernah muncul dalam filem-filem dari Hollywood seperti Mission Impossible dan lain-lain lagi.

Terbaru, dikhabarkan Kuala Lumpur juga bakal membuat ‘kemunculan’ dalam filem Marvel berjudul Thunderbolts yang kini dalam pembikinan.

Filem Marvel, Thunderbolts jalani penggambaran di KL & Menara Merdeka 118?

Berita gembira tersebut mula mendapat perhatian warga maya selepas dikongsikan menerusi akaun platform X, Thunderbolts News pada 24 Jun lepas.

Menurut hantaran tersebut, Florence Pugh dikatakan terlibat dalam rakaman beberapa babak filem berkenaan di sekitar ibu negara itu.

Malah, rumors turut mengatakan salah satu babak yang dirakam turut melibatkan satu karakter terjun daripada Menara Merdeka 118, iaitu menara kedua tertinggi di dunia.

Bagaimanapun, Thunderbolts News tidak berkongsi lanjut karakter mana yang terlibat.

Malah berita kehadiran Florence ke Kuala Lumpur turut dikuatkan lagi dengan perkongsian yang dibuat oleh adik-beradiknya, Arabella Gibbin di Instagram.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arabella (@arabellavox)

Dalam satu hantarannya, Arabella berkongsi pengalamannya berada di Kuala Lumpur beberapa hari lepas sambil berkongsi sekeping gambarnya berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas.

Menerusi hantaran berkenaan, Arabella turut meletakkan tag terhadap IG Florence.

Untuk pengetahuan pembaca, Thunderbolts adalah sebuah filem yang diarahkan oleh Jake Schreier. Filem ini sedikit berbeza berbanding filem-filem bertema hero Marvel yang lain.

Sebaliknya, Thunderbolts boleh dianggap sebagai sebuah filem anti-hero melibatkan sekumpulan remaja yang direkrut bekerja untuk kerajaan.

Selain Florenc, filem tersebut turut dibintangi oleh Harrison Ford, Rachel Weisz, David Harbour dan Sebastian Stan sebagai teraju utama.

Thunderbolts akan menjadi filem ke-36 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) dan dijadualkan akan ditayangkan pada 2 Mei 2025.

BACA: “Work Life Balance” Malaysia Kedua Terburuk Di Dunia – Kajian

BACA: Google Translate Tambah Senarai Bahasa, Kini Boleh Terjemah Jawi, Iban & Minang

Sumber: Thunderbolts News, Maxblizz, Marvel

Athirah

When nothing goes right, go left.