Siakap Keli
15 rumah madrasah as solihin terjejas
Sumber: Astro Awani

Banjir Kilat Sik: 15 Rumah, Madrasah As Solihin Terjejas

Banjir Kilat Sik: 15 Rumah, Madrasah As Solihin Terjejas

Hujan lebat yang berterusan melebihi dua jam telah menyebabkan banjir kilat di Seri Ampang Muda, Belantik, malam tadi. Akibatnya, sebanyak 15 buah rumah dan Madrasah As Solihin terjejas dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan mengatakan air masuk ke rumah penduduk sekitar pukul 8.42 malam.

“Sebanyak 15 buah rumah terjejas dan daripada jumlah itu, hanya lapan keluarga berada dalam rumah manakala sebahagian lagi penghuni tiada di rumah.

“Mankala di Madrasah As Solihin ketika kejadian terdapat lapan pelajar lelaki dan empat perempuan serta dua kakitangan manakala pelajar lain sedang bercuti.

“Banjir kilat ini disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam menyebabkan air Sungai Belantik Dalam melimpah,” katanya.

Zulkhairi yang mengetuai operasi bersama tujuh anggota BBP Sik menjelaskan bahawa pemantauan terus dilakukan sehingga awal pagi.

“Namun setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

“Bagaimanapun, pihak kami menasihatkan penduduk di kawasan yang terjejas supaya memaklumkan kepada pasukan penyelamat sekiranya kediaman mereka dinaiki air,” katanya.

BACA: Pemandu Bas Persiaran Terlibat Nahas Di Genting Highlands Tiada Lesen Memandu – Polis

BACA: Empat Lelaki Samun Kedai Barangan Kemas Di Sungai Petani

BACA: Pelajar Tingkatan 1 Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat Lima Dilapor Meninggal Dunia

Sumber: Astro Awani

Sharifah Hannah Adibah