Siakap Keli
pemandu lamborghini maut
Sumber: Sinar Harian

Lamborghini Terbabas & Terbakar, Pemandu Maut ‘Dijilat Api’

Lamborghini Terbabas & Terbakar, Pemandu Maut ‘Dijilat Api’

Seorang lelaki telah disahkan maut setelah kereta mewah jenis Lamborghini yang dipandunya terbakar di Kilometer 57.1 Jalan Bentong-Karak arah Timur pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani, menyatakan bahawa panggilan kecemasan mengenai nahas terbabit diterima oleh pihaknya pada jam 9.06 pagi.

Menurut beliau, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian, yang berjarak 26 kilometer dari balai.

“Terdapat kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Lamborghini yang telah terbabas dengan peratusan kebakaran kira-kira 100 peratus.

“Seorang lelaki dewasa iaitu pemandu tersepit di dalam kereta manakala satu perempuan dewasa iaitu penumpang kereta telah dikeluarkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerja-kerja pemadaman api dilakukan menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangka pam jentera selain mengeluarkan mangsa.

Ujar beliau, pemandu kereta yang tersepit telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya.

BACA: Sebuah Blok Sekolah Musnah Akibat Kebakaran

Sumber: Sinar Harian

Sharifah Hannah Adibah