Siakap Keli
seorang maut tujuh cedera
Sumber: Sinar Harian

Nahas Dua Kereta: Seorang Maut, Tujuh Cedera

Nahas Dua Kereta: Seorang Maut, Tujuh Cedera

Seorang lelaki maut dan tujuh lagi cedera dalam nahas yang melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 71, Jalan Batu Pahat–Mersing pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan tersebut pada jam 7.18 malam.

“Siasatan mendapati, kemalangan berkenaan melibatkan kereta jenis Proton Persona dan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di lokasi berkenaan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Hilux hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Proton Persona.

“Akibatnya, Toyota Hilux terbalik dan penumpang hadapan kereta Proton Persona berkenaan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan yang dialami,” katanya.

Dalam insiden tersebut, lima penumpang Toyota Hilux dan dua penumpang Proton Persona mengalami kecederaan.

Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang untuk mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA: Banjir Kilat Sik: 15 Rumah, Madrasah As Solihin Terjejas

Sumber: Sinar Harian

Sharifah Hannah Adibah