Siakap Keli
nama georgia "Dze" "Shvili"
Gambar: Uefa.com & X Georgia GFF

Kenapa Kebanyakan Pemain Bola Sepak Georgia Ada Nama ‘Dze’ Dan ‘Shvili’ Di Belakang?

Kenapa Kebanyakan Pemain Bola Sepak Georgia Ada Nama “Dze” Dan “Shvili” Di Belakang?

Kebanyakan negara mempunyai tradisi dan sejarah yang tersendiri bahkan ia juga memiliki puak atau suku kaum yang merupakan penduduk asal di sesuatu tempat sewaktu kawasan itu wujud.

Oleh sebab itu, ia mempengaruhi salahsilah keluarga hingga nama mereka juga melambangkan susur galur latar belakang mereka.

Baru-baru ini, senarai nama pemain kebangsaan Georgia telah dikeluarkan dan rata-ratanya mempunyai perkataan ‘Dze’ dan ‘Shvili’ di setiap nama mereka.

Oleh itu, timbul persoalan mengapa rata-rata rakyatnya mempunyai nama ‘Shvili’ di belakang nama mereka dan dari mana datangnya perkataan tersebut?

Lanjutan itu, mari kita ikuti perkongsian  menarik ini di bawah.

Nama-nama keluarga Georgia

georgia "Dze" "Shvili"
Gambar: Uefa.com

Sekiranya anda bukan anak kelahiran Georgia, pastinya perkataan ‘Dze’, ‘Adz’ dan ‘Shvili menjadi asing buat anda.

Perkataan yang diletakkan pada hujung nama itu pastinya membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah maksud di sebalik nama tersebut?

Kalau nak tahu, sebutan nama ini sebenarnya adalah berkaitan dengan nasab atau keturunan (anak dari). Kedua-dua nama ini merupakan nama kuno rakyat Georgia.

Maksud nama ‘Dze’, ‘Adz’ dan ‘Shvili’ rakyat Georgia

Gambar: AFP

Nama ‘Shvili’ dalam nama rakyat tempatan adalah perkataan yang merujuk kepada kanak-kanak. Kebanyakannya nama-nama ini berasal dari kawasan Georgia Timur.

Manakala ‘Dze’ pula membawa maksud kepada anak lelaki, sebagai contoh, bekas Menteri Luar Soviet dan Presiden Georgia Eduard Shevardnadze. Kebanyakan nama ini berasal dari kawasan Georgia Barat.

Penggunaan perkataan ‘Dze’ dan ‘Shvili’ itu bergantung dengan kawasan mana yang mereka diami, jadi tidak pelik sekiranya masyarakat Georgia memiliki perkataan tersebut di suku akhir nama mereka.

BACA: Ini Koleksi Baju Kontinjen Negara Lain Ke Olimpik Paris 2024

Bagaimana  panggilan ‘Dze’ dan ‘Shvili’ ini muncul?

Gambar: X Georgia GFF

‘Dze’

Menurut MDPI.com, panggilan nama ‘Dze’ lebih banyak digunakan oleh masyarakat zaman dahulu pada ketika itu. Difahamkan, panggilan ini telah lama digunakan sekitar 1800-an,

Fakta ini dibuktikan dengan tiga nama keluarga yang berakhir dengan akhiran ‘dze’ iaitu Bugapaisdze, Eliozisdze, dan Pichkhadze.

Seperti yang berlaku untuk banyak budaya lain, logik utnuk menganggap bahawa kelas yang terletak di bahagian atas hierarki sosial memperoleh nama keluarga sebelum kumpulan sosial lain.

BACA JUGA: Kenapa Banyak Orang Vietnam Nama “Nguyen”?

‘Shvili’

Meskipun tidak mempunyai tarikh spesifik mengenai kemunculan nama panggilan ini, namun ‘Shvili’ secara teorinya adalah satu lapisan nama keluarga yang lebih muda, yang diberikan mengikut corak baharu secara relatif.

Manakala nama keluarga yang berakhir dengan -dze adalah lebih tua.

Oleh itu, sekiranya anda bertemu dengan individu yang mempunyai nama akhir ‘Shvili’ dan ‘Dze’, mereka mungkin orang dari negara Georgia ataupun keturunan Georgia.

Sumber: Seattletimes.com, MDPI.com

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.