Siakap Keli
Matahari Tegak Atas Kaabah
Kredit: AFP

Matahari Tegak Atas Kaabah 15 Julai Ini, Umat Islam Boleh Semak Arah Kiblat Di Rumah

Matahari Tegak Atas Kaabah 15 Julai Ini, Umat Islam Boleh Semak Arah Kiblat Di Rumah

Solat merupakan tiang agama dan setiap umat Islam yang sudah baligh dan berakal wajib menunaikan ibadah solat fardhu sehari lima waktu.

Sejak dari kecil lagi, kita diajar untuk mengejarkan solat dengan menghadap ke arah kiblat, iaitu ke arah Kaabah yang terletak di Kota Suci Mekah.

Selain di masjid atau dikawasan yang sudah ditanda arah kiblat, kita biasanya menentukan kedudukan kiblat berpandukan dengan aplikasi khas yang boleh dimuat turun di gedung aplikasi.

Namun begitu, Planeterium Negara memaklumkan umat Islam berpeluang untuk menyemak dan menentukan arah kiblat sendiri pada 15 Julai ini.

Matahari tegak atas Kaabah, umat Islam boleh semak arah kiblat di rumah pada 15 Julai ini

Ia selepas Matahari dilapor akan berada tepat di atas bandar Mekah, kira-kira 5.27 petang (waktu Malaysia) pada hari tersebut.

Menerusi hantaran di Facebook Planeterium Negara, fenomena tersebut merupakan yang kali kedua pada tahun ini selepas fenomena yang pertama berlaku pada 27 Mei yang lepas.

“Pada ketika kejadian, bayang-bayang sinaran Matahari bagi semua objek tegak yang ada di permukaan Bumi akan menghala ke arah Kaabah,” ujar hantaran tersebut.

Planetarium Negara turut memaklumkan lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan arah kiblat secara semulajadi.

Fenomena ini dikenali sebagai Istiwa A’dzam

Menurut JAKIM, fenomena ini dikenali sebagai Istiwa’Adzam apabila kedudukan Matahari berada di titik zenith di mana nilai sudut Isitwa Matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah (Kaabah).

Jadi, apabila Istiwa A’dzam atau Istiwa utama Matahari berlaku, bayang-bayang objek tegak secara tidak langsung akan menunjukkan arah ke Kaabah atau kiblat.

Fenomena ini biasanya hanya berlaku dua kali dalam setahun pada bulan Mei dan Julai.

Selain itu, ia merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan kiblat di mana-mana kawasan yang ada di Bumi ini.

BACA: Pesawat Air Europa Alami Gelora Udara Teruk, 40 Penumpang Cedera

BACA: Ini Reaksi Orang Eropah Apabila Jalur Gemilang Ditunjukkan Kepada Mereka

Sumber: Planetarium Negara, JAKIM

Athirah

When nothing goes right, go left.