Siakap Keli
air europa gelora udara
Gambar Tular

Pesawat Air Europa Alami Gelora Udara Teruk, 40 Penumpang Cedera

Pesawat Air Europa Alami Gelora Udara Teruk, 40 Penumpang Cedera

Puluhan penumpang penerbangan Air Europa dari Madrid ke Montevideo, cedera selepas pesawat terbabit mengalami gelora udara, lapor AFP.

Ekoran itu, pesawat jenis Boeing 787-9 Dreamliner dengan 325 penumpang itu terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Natal, di Brazil dimana puluhan ambulanas sudah pun menunggu.

Menurut AFP, seramai 40 orang penumpang penerbangan berkenaan mengalami kecederaan dan telah dibawah ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Rata-rata mangsa mengalami kecederaan lebam dan trauma kecil.

40 penumpang cedera, pesawat Air Europa alami gelora udara

Menurut Sekretariat Kesihatan Rio Grande do Norte Brazil berkata, seramai 11 orang masih dirawat di Hospitsl Monsenhor Walfredo Gurgel pada petang semalam (waktu tempatan).

Antara yang cedera ketika pesawat mengalami gelora udara adalah warga Sepanyol, Argentina, Uruguay, Israel, Bolivia dan Jerman.

Dalam satu kenyataan awal, Air Europa memaklumkan tujuh penumpang menerima rawatan untuk pelbagai kecederaan, manakala sejumlah penumpang yang lain dirawat untuk kecederaan lebam.

Syarikat penerbangan itu juga memaklumkan sebuah pesawat ganti telah dihantar ke Natal untuk menerbangkan penumpang lain yang terjejas.

Manakala pesawat yang mengalami gelora udara itu sedang diperiksa untuk mengesan sebarang kerosakan.

Saksi menjelaskan keadaan pesawat ketika gelora udara berlaku

Menurut salah seorang penumpang menerusi laman X, menjelaskan bahawa beberapa orang cedera dalam gegaran yang sangat kuat, namun terselamat kerana memakai tali pinggang keledar.

Selain itu, penumpang berkenaan turut memuat naik gambar yang menunjukkan panel siling pecah, dengan paip dan wayar kelihatan serta gambar-gambar ambulans yang sedang menunggu di Natal.

Kes gelora udara semakin meningkat setiap tahun

Menurut laporan AFP lagi, pakar keselamatan udara berkata penumpang selalunya mengambil mudah arahan memakai tali pinggang keledar, sehingga menyebabkan mereka berisiko jika pesawat mengalami gegaran yang tidak dijangka.

Manakala, para saintis menjelaskan kes gelora udara ketika cuaca baik, yang tidak dapat dikesan oleh radar menjadi semakin teruk dan lebih ketara sejak kebelakangan ini kerana perubahan iklim.

Kajian pada 2023 mendapati tempoh tahunan gelora udara ketika cuaca baik meningkat sebanyak 17 peratus dari 1979 hingga 2020, dengan kes paling teruk meningkat lebih daripada 50 peratus.

BACA: Jalan Batang Kali-Genting Highlands Dibuka Semula Hari Ini

Sumber: AFP

Athirah

When nothing goes right, go left.