Siakap Keli
vaksin covid-19 os telefon

Ambil Vaksin Terkini Sama Seperti Kemas Kini OS Telefon – Pakar

Ambil Vaksin  Terkini Sama Seperti Kemas Kini OS Telefon – Pakar

Dr Leong Hoe Nam, pakar penyakit berjangkit membuat satu perbandingan, pengambilan vaksin Covid-19 yang terkini sama dengan kemaskini OS di telefon bimbit. Menurut beliau, ia bukanlah hanya untuk memerangi penyakit Covid-19 tetapi untuk menikmati kehidupan sepenuhnya dengan lebih selamat.

“Mengambil vaksin COVID-19 terkini umpama mengemas kini sistem operasi telefon bimbit kita dan dengan setiap kemas kini, badan kita akan dilindungi daripada virus dan perisian lain yang berbahaya. Dengan menggunakan logik yang sama, badan anda juga perlu dikemas kini dengan vaksin yang terkini,” jelas Dr Leong.

Individu berpenyakit komorbid dan warga emas adalah dua golongan  yang berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi serius akibat jangkitan Covid-19. Perlindungan yang terkini dapat memastikan mereka dapat terus melakukan aktiviti harian dengan lebih selamat.

“Anda boleh dijangkiti semula berulang kali. Dan mimpi ngeri tersebut boleh berulang,” kata Dr Leong.

“Vaksin COVID-19 berperanan sebagai kemas kini kritikal bagi tubuh anda, melatihnya untuk melawan virus yang bermutasi dengan lebih berkesan.

“Selepas divaksinasi, individu akan mengalami pengurangan ketara dalam risiko kematian dan hospitalisasi. Walaupun tiada vaksinasi yang benar-benar bebas dari risiko sepenuhnya, vaksin sedia ada menawarkan perlindungan yang besar, terutamanya bagi golongan rentan.”

Walaupun terdapat rawatan antiviral untuk COVID-19, kesannya terhadap kesihatan awam masih signifikan. Individu yang dijangkiti oleh virus mungkin perlu menjalani pengasingan, kehilangan hari bekerja dan tekanan terhadap perniagaan.

Kanak-kanak yang tidak hadir ke sekolah akibat jangkitan boleh menjejaskan pembelajaran dan perkembangan sosial mereka. Semua ini membuktikan bahawa pencegahan penyakit lebih berkesan berbanding rawatan selepas jangkitan.

Bicara Sains: Kepentingan Mengambil Vaksin COVID-19 Terkini

Vaksin Covid-19 yang telah dikemaskini pada tahun 2023-2024 telah menunjukkan keberkesanan sehingga 54%. Hal ini telah disahkan dalam laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat.

“Keberkesanan 54% merujuk kepada pengurangan risiko untuk jangkitan. Namun, apabila kita berbincang tentang mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian, keberkesanannya lebih tinggi.”

Dr Leong juga sekali lagi menegaskan, penyakit lebih teruk dapat dicegah dengan pengambilan vaksin yang berkesan. CDC juga memberi satu cadangan agar suntikan penggalak Covid-19 tambahan bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas dan vaksin yang diberi mestilah yang sudah dikemaskini pada tahun 2023-2024.

Ini sangat perlu keranan majoriti yang masuk ke hospital dan maut akibat Covid-19 adalah golongan warga emas, jelas pengarah CDC.

Rayuan untuk Proaktif: Melangkaui Kesihatan sebagai Asas Ketahanan Ekonomi

Langkah-langkah kesihatan yang lebih proaktif perlu diambil kerana ancaman penyakit yang berterusan ditambah dengan penurunan imuniti semula jadi.

“Mengabaikan vaksinasi bukan sahaja membahayakan kesihatan awam tetapi juga kestabilan ekonomi.  Kita berdepan dengan senario ‘untung secupak, rugi segantang’ di mana kos wabak adalah jauh melebihi pelaburan dalam vaksinasi[1],[2],” amaran Dr Leong terhadap kelalaian.

Prof Dr Sanjay Rampal juga menyeru kerajaan Malaysia mendapatkan vaksin Covid-19 yang terkini. Dr Samjay adalah seorang pakar perubatan kesihatan awam dan profesor epidemiologi di Universiti Malaya

Beliau juga menekankan untuk menilai keberkesanan kos pelaksanaan program yang menyediakan vaksin dengan subsidi penuh.

“Vaksin adalah sangat berkesan dari segi kos terutama bagi warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik[3],” kata Prof Dr Sanjay Rampal.

“Nilainya juga bergantung pada potensi pengurangan kadar komplikasi dan kos penjagaan kesihatan15. Walaupun vaksin terkini tetap penting untuk pencegahan, kita mesti menyeimbangkan keutamaan dan membuat keputusan rasional berdasarkan iklim ekonomi semasa.”

Namun, Malaysia masih mengekalkan pendekatannya yang pasif dalam strategi vaksinasi untuk tahun ini, satu pendirian yang mungkin mendapat manfaat daripada semakan semula dan tindakan segera. Dengan menerima vaksin yang terkini dan menyesuaikan strategi dengan realiti semasa, Malaysia dapat melindungi bukan sahaja kesihatan warganya tetapi juga masa depan ekonominya.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.