Siakap Keli
bapa tulis nama anak
Gambar: TikTok @nealea95

Pilu, Detik Bapa Tulis Nama Anak Atas Papan Tanda Kubur Buat Ramai Sebak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pilu, Detik Bapa Tulis Nama Anak Atas Papan Tanda Kubur Buat Ramai Sebak

Kehilangan orang yang disayangi adalah satu momen berat untuk diucapkan dengan kata-kata, melainkan titisan air mata yang membasahi pipi memberitahu segalanya.

Apatah lagi, insan tersebut adalah anak kita sendiri yang dibesarkan sejak kecil dengan penuh kasih sayang. Kebanyakan masa diluangkan bersama, pemergian mereka tentunya sangat dirasai.

Begitulah nasib yang menimpa seorang lelaki warga emas yang ‘terduduk’ meratapi pemergian anaknya dalam satu video tular baru-baru ini.

Dalam klip yang dikongsikan oleh seorang pemilik akaun TikTok @nealea95 memaparkan bapa itu sedang duduk bersebelahan kubur anaknya ketika proses pengebumian.

Lebih meruntun hati, dia memegang sebatang pen penanda (marker pen) untuk menulis nama nama anaknya di atas sebuah papan sambil menangis ketika dikelilingi orang ramai.

Gambar: TikTok @nealea95

“Air mata seorang ayah yang kehilangan anak lelakinya..hancur,” tulis klip berdurasi 17 saat itu.

Kasih seorang bapa kepada anaknya

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak dapat menahan sebak melihat warga emas itu.

Bahkan sebahagian orang ramai berkongsi pengalaman yang sama ketika pemergian ahli keluarga masing-masing.

BACA: (Video) Runtun Hati Ini, Cikgu Rakam Murid Gigih Dukung Kawan ‘Istimewa’ Dalam Hujan Lebat

Berikut antara komen pengguna;

“Lahir dia sambut.. pergi dia hantar..,” komen seorang pengguna.

“Sedihnya kan kalau kita pergi dulu kita terfikir mak ayah kita dekat dunia macam mana? Siapa jaga? makan cukup ke?” komen pengguna lain.

“Ayah dan mak 3 tahun tak makan nasi. Sekarang arwah kakak dah 9 tahun. Ayah tak pernah pergi kubur dia sampai sekarang. Setiap kali solat, berkumpul dan raya mesti ayah nangis dan cakap anak ayah tak cukup seorang,” luah seorang lagi.

“Hilang anak lebih sakit tahu, masa lahir dia sambut dia azankan kita. Tup-tup dia pergi macam tu sahaja buat selamanya hancur sangat-sangat hati ini,” komen pengguna lain.

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 400,000 tontonan dengan lebih 50,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen.

@nealea95

Airmata seorang ayah yang kehilangan anak lelakinya.. hancurr #fyp

♬ suara asli – sherlya.a🧚‍♀️ – sherlya.a🧚‍♀️

Sumber: TikTok @nealea95

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.