Siakap Keli
alyah pulang dari makkah
Kredit: alyah81 via Instagram

Alami Masalah Kesihatan, Alyah Terpaksa Pulang Awal Dari Makkah

Alami Masalah Kesihatan, Alyah Terpaksa Pulang Awal Dari Makkah

Penyanyi, Datin Alyah yang sepatutnya pulang dari mengerjakan haji pada 17 Julai ini terpaksa pulang lebih awal kerana mengalami batuk berpanjangan selama dua minggu ketika mengerjakan ibadah tersebut.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh penyanyi tersebut melalui beberapa hantaran di IG Story hari ini.

Dalam hantaran tersebut, Alyah turut memuat naik gambar dirinya sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor selepas tiba di tanah air.

“Batuk saya tak hilang-hilang hampir dua minggu dan setiap kali batuk, rusuk kiri saya macam mencucuk

“Saya buat keputusan balik ke Malaysia pada 4 Julai yang sepatutnya saya pulang pada 17 Julai,” ujarnya.

Dalam hantaran seterusnya, Alyah memohon maaf sekiranya dia tidak menjawab panggilan dan mesej yang dihantar kepadanya.

“Doktor bekalkan ubat tahan sakit sepanjang penerbangan pulang dan mendapatkan rawatan sejurus tiba di tanah air

“Mohon doakan saya pagi (Sabtu) ini keputusan sinar-X dan darah saya tiada apa-apa,” kata Alyah menerusi hantaran berkenaan.

Alyah berangkat ke Makkah bagi mengerjakankan ibadah haji pada 12 Jun 

Menurut portal media tempatan, Alyah telah berangkat ke Makkah bagi mengerjakankan ibadah haji pada 12 Jun lalu.

Dapat panggilan tunaikan haji, Alyah umum tarik diri program ‘The Hardest Singing Show’

Sementara itu, Alyah terdahulu mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan menarik diri daripada bertanding di The Hardest Singing Show (THSS).

Menurut portal Astro Awani, keputusan itu dibuat atas faktor mendapat panggilan untuk menunaikan ibadah haji. Alyah juga meminta semua peminat mendoakannya supaya mendapat haji yang mabrur.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada seluruh tenaga kerja The Hardest Singing Show dan semua yang terlibat.

“Saya terpaksa mengundurkan diri daripada meneruskan pertandingan ini dan saya mendoakan agar para peserta buat dengan sehabis baik,” jelasnya.

BACA: Kemeriahan Euro 2024, Restoran Hakim Sedia Lebih 4,000 Kerusi & Meja Untuk Penonton

Sumber: alyah81 via Instagram

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.