Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Kredit: Sinar Harian

Kemeriahan Euro 2024, Restoran Hakim Sedia Lebih 4,000 Kerusi & Meja Untuk Penonton

Athirah

Kemeriahan Euro 2024, Restoran Hakim Sedia Lebih 4,000 Kerusi & Meja Untuk Penonton

Sebuah restoran mamak di Seksyen 7, Shah Alam akan menyediakan lebih 4,000 kerusi dan meja untuk pengunjung bersempena kejohanan bola sepak Euro 2024, lapor Sinar Harian.

Menurut pemilik Restoran Hakim, Datuk Hakimsa, tujuan kemudahan itu disediakan supaya peminat bola sepak berasa selesa.

“Kita sedia kerusi dan meja bukan sahaja di dalam Restoran Hakim malah turut meletakkannya di luar kedai termasuk kawasan jalan.

“Kami menyediakan tayangan layar gergasi seperti tahun-tahun sebelumnya,” jelasnya ketika dihubungi wartawan Sinar Harian pada Jumaat.

Bakal bermula dari malam 14 Julai sehingga awal pagi 15 Julai

Sementara itu, Sinar Harian juga akan mengadakan acara khas Riuh Euro iaitu tayangan perlawanan akhir melalui skrin gergasi di Restoran Hakim.

Difahamkan, acara sempena perlawanan itu bakal bermula dari malam 14 Julai sehingga awal pagi 15 Julai.

Bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar, Hakimsa memberitahu bahawa pihaknya juga telah mendapatkan kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia, Majlis Bandaraya Shah Alam serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Banyak lagi aktiviti menarik namun masih dalam perbincangan bersama penaja. Apa yang pasti ada cabutan bertuah berupa hamper. Jumlahnya belum tahu lagi kerana masih dalam perbincangan,” katanya lagi.

BACA: Nak Lalu WCE Jajaran Perak? Ini Lebih 8 Lokasi Stesen Minyak Terdekat Anda Kena Tahu

Sumber: Sinar Harian