Siakap Keli
harimau belang mati dilanggar
Kredit: Sinar Harian

Seekor Lagi Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta

Seekor Lagi Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta

Seekor harimau belang dilapor mati selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 314, Lebuh Raya Utara- Selatan arah utara di sini pada Sabtu, lapor Sinar Harian.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.45 pagi turut menyebabkan kereta jenis Nissan Juke yang dipandu seorang lelaki mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

Menurut laporan Sinar Harian lagi, karkas atau bangkai haiwan liar terbabit ditemui dalam longkang di tempat kejadian.

Harimau belang jantan dianggarkan berusia empat tahun

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff telah mengesahkan kejadian melibatkan harimau berkenaan ketika dihubungi wartawan Sinar Harian.

“Harimau belang jantan itu dianggarkan berusia empat tahun dengan seberat 120 kilogram.

“Karkas harimau berkenaan akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai untuk tindakan lanjut,” ujarnya lagi.

Terdahulu, seekor harimau belang ditemukan mati dilanggar di Bentong

Menurut laporan Siakap Keli sebelum ini, seekor harimau belang jantan dewasa juga telah ditemukan mati akibat dilanggar kenderaan di Lebuhraya Lentang-Bentong Pahang pada 16 Mei lalu.

Kejadian berlaku sekitar jam 1.23 pagi itu telah disahkan oleh Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin.

“Harimau jantan itu dianggarkan seberat 130 kilogram dan berusia empat tahun berdasarkan saiz tubuh haiwan berkenaan.

“Berdasarkan jangkaan awal, haiwan itu (dipercayai) dari Hutan Simpanan Bukit Tinggi,” ujarnya sewaktu dihubungi oleh Sinar Harian.

Beliau berkata, pihaknya telah membawa bangkai haiwan berkenaan pada awal pagi bagi tindakan selanjutnya.

Terdahulu, penemuan bangkai harimau yang dipercayai dirempuh kenderaan itu tular dalam satu rakaman berdurasi 28 saat di media sosial.

Perkongsian klip mengenai insiden itu dipercayai dimuat naik oleh pengguna yang melalui jalan sewaktu kejadian berlaku.

BACA: Pemilik Meninggal Dunia? Ini Cara Pantas Nak Tukar Nama Ke Waris Untuk Kereta Nilai Lebih RM10,000 & Bebas Hutang

BACA: Kemeriahan Euro 2024, Restoran Hakim Sedia Lebih 4,000 Kerusi & Meja Untuk Penonton

BACA: Diserang Strok & Rebah, Jaguh Catur Bangladesh Meninggal Dunia Ketika Perlawanan

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.