Siakap Keli
jaguh catur bangladesh
Kredit: @ChessbaseIndia via X

Diserang Strok & Rebah, Jaguh Catur Bangladesh Meninggal Dunia Ketika Perlawanan

Diserang Strok & Rebah, Jaguh Catur Bangladesh Meninggal Dunia Ketika Perlawanan

Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Catur Bangladesh, Shahab Uddin Shamim, Ziaur rebah semasa perlawanan pusingan ke-12 kejohanan menentang rakan senegaranya, Enamul Hossain, sebelum dia disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Dhaka.

“Pemain dan pegawai yang hadir di bilik dewan membawanya ke hospital dengan cepat selepas dia rebah. Apabila sampai di sana, doktor memberitahu dia sudah meninggal dunia,” katanya seperti yang dilaporkan dalam AFP.

Pihak lawan sangka Ziaur mahu mengambil botol air di bawah

Menurut pihak lawan pula, Enamul, mereka mengambil masa beberapa saat untuk menyedari bahawa dia mengalami strok.

“Ketika dia bermain, dia tidak kelihatan sakit dan kejadian berlaku semasa giliran saya untuk bermain

“Jadi, apabila saya nampak dia sedang menunduk, saya ingatkan dia mahu mengambil botol air di bawah. Tetapi kemudiannya dia rebah dan kami segera membawanya ke hospital, manakala anak lelakinya sedang bermain catur di meja sebelah,” ujarnya lagi.

Menurut AFP lagi, Ziaur pernah memenangi kejuaraan kebangsaan sebanyak beberapa kali dan mewakili Bangladesh dalam Olimpiad Catur ke-44 di India pada 2022.

Presiden Bangladesh menyampaikan ucapan takziah

Sementara itu, Presiden Republik Rakyat Bangladesh, Mohammad Shahabuddin turut menyampaikan ucapan takziah dan menzahirkan kesedihannya atas pemergian Ziaur Rahman.

Baginya, pemergian jaguh catur itu merupakan kehilangan yang sukar diganti dalam sukan.

“Sumbangan Rahman kepada pembangunan catur negara akan dikenang selama-lamanya,” katanya.

Menurut portal Chess.com, Ziaur Rahman meninggalkan isteri dan anaknya, Tahsin Tajwar Zia yang juga beraksi dalam Kejohanan Kebangsaan di Dhaka.

Pada tahun 2022, kedua-duanya pernah mencipta sejarah dengan menjadi bapa dan anak pertama yang bertanding dalam pasukan yang sama dalam Olimpik Catur

BACA: Wanita AS Raih Perhatian, Perkenalkan Diri Sebagai Malaysia 

Sumber: AFP

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.