Siakap Keli
pelajar 16 tahun cipta aplikasi
Sumber: Sinar Bestari

Cipta Aplikasi ‘Tracklist’, Pelajar 16 Tahun Menang Pertandingan SSC 2024 Anjuran Apple

Cipta Aplikasi ‘Tracklist’, Pelajar 16 Tahun Menang Pertandingan SSC 2024 Anjuran Apple

Pembelajaran dalam bidang pengekodan atau coding semakin mendapat perhatian, terutama dalam kalangan pelajar sekolah yang berusaha menambah kemahiran mereka seiring dengan kemajuan teknologi.

Kini, semakin ramai pelajar di negara kita terlibat dalam bidang ini, sama ada secara serius atau sekadar hobi, menjadikan coding sebagai batu loncatan untuk mencipta nama.

Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan berita kemenangan seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun dalam pertandingan mencipta aplikasi Swift Student Challenge (SSC) 2024 anjuran Apple.

Nur Alia Jannah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 16 Shah Alam, dinobatkan sebagai pemenang setelah berjaya cipta ‘Tracklist’, iaitu aplikasi semakan muzik.

Menariknya, pelajar Tingkatan Empat ini mempelajari kemahiran pengekodan secara sendiri. “Saya mula terlibat dalam pengekodan selepas mengetahui tentang SSC dan mendapat inspirasi daripada aplikasi yang dipamerkan di Apple’s Worldwide Developers Conference (WWDC) 2021,” katanya.

Selain kemahirannya dalam pengekodan, pengetahuannya dalam ulasan (review) muzik turut menyumbang kepada kemenangannya.

“Pada mulanya, saya mereka bentuk aplikasi untuk mengesan beberapa lagu tertentu yang saya dengar, seperti ulasan saya tentang album, artis atau lagu. Kemudian, saya sedar tiada aplikasi untuk orang membuat ulasan lagu,” tambahnya.

Bercerita mengenai cabaran dalam mencipta Tracklist, Nur Alia memberitahu ia mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan.

Dia juga menghadapi beberapa cabaran, termasuk kehilangan data penting yang memberi tekanan dalam menyelesaikan masalah.

“Saya kehilangan fail aplikasi saya dan hanya mempunyai ‘backdated backup code’, jadi terpaksa saya membuat semula beberapa bahagian.

“SSC mengajar saya bahawa idea tidak pernah terlalu ‘kecil’ dan ia sentiasa boleh berubah menjadi sesuatu yang lebih besar dan hebat,” katanya.

Tambah Alia, sokongan daripada Apple memainkan peranan penting dalam memupuk bakat anak-anak muda. Untuk pengetahuan, Tracklist kini berada dalam fasa beta.

BACA: Pelancaran Semula Restoran Jepun Fu-Rin Di Glenmarie

Sumber: Sinar Bestari

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.