Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
runtuhan papan iklan China
Gambar Hiasan

Majlis Perkahwinan Bertukar Duka, Lelaki Maut Ditembak

Iqbal Yasir

Majlis Pernikahan Bertukar Duka, Lelaki Maut Ditembak

LAMPUNG — Kegembiraan majlis perkahwinan bertukar menjadi duka apabila seorang lelaki berusia 35 tahun dilaporkan maut selepas terkena peluru sesat yang ditembak oleh anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Lampung Tengah, di sini dalam kejadian pada Sabtu, lapor CNN Indonesia.

Ketua Polis Daerah Lampung Tengah, AKBP Andik Purnomo Sigit dalam satu kenyataan semalam mengesahkan kejadian berkenaan.

Berdasarkan hasil bedah siasat awal ke atas mangsa mendapati peluru itu menembusi bahagian kepala mangsa dari kiri ke kanan.

“Peluru itu menembusi bahagian kiri kepala mangsa (di atas telinga kiri) menembusi bahagian dalam kepala dan keluar dari pelipis kanan mangsa. Kini, pihak polis sedang menunggu keputusan rasmi daripada doktor forensik,” katanya.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika anggota terbabit melepaskan tembakan sewaktu majlis perkahwinan menyambut mentua namun terkena mangsa.

“Susulan itu, mangsa yang juga seorang penduduk meninggal dunia selepas terkena peluru sesat,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polda Lampung, Kombes Umi Fadillah Astutik berkata, suspek hadir sebagai tetamu terkemuka dan melepaskan tembakan menyambut tetamu.

“Ketika itu di majlis kenduri kahwin ada aktiviti tradisional menyambut keluarga mertua.

“Kemudian dalam aktiviti ini, pelaku hadir sebagai individu yang bertanggungjawab untuk melepaskan tembakan sebagai alu-aluan,” kata Umi.

Bagaimanapun, senjata api yang digunakan suspek itu disasarkan kepada seorang penduduk yang berada di lokasi kejadian.

“Peluru yang dilepaskan itu telah terkena seorang penduduk yang duduk berhampiran parit di tempat kejadian. Peluru itu terkena terus kepalanya,” maklum Umi lagi.

Difahamkan, senjata api yang dirampas adalah senapang jenis Zoraki MOD 914-T. Suspek turut memiliki beberapa lagi senjata api seperti senapang laras panjang FNC Belgium, senapang HS dan beberapa lagi.

Ia selepas pemeriksaan dilakukan di tiga rumah termasuk rumah suspek.

BACA: Kemalangan: Pengarah Filem Mansor Puteh Disahkan Meninggal Dunia

Tambah Andik, pelaku telah ditahan bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat di bawah artikel 359 Kanun Jenayah dan artikel 1 perenggan (1) Undang-undang Darurat nombor 12 tahun 1951, dengan hukuman penjara antara 5 hingga 20 tahun maksimum.

Beliau menasihatkan orang awam untuk bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Sumber: CNN Indonesia (1), (2)

BACA JUGA: Rebah Ketika Perlawanan, Pemain Bola Sepak Mesir Ahmed Refaat Meninggal Dunia