Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pempengaruh Maut, Polis Tahan Seorang Wanita Tempatan Bantu Siasatan

Hannah
Pelajar Pukul junior
Gambar Hiasan

Pempengaruh Maut, Polis Tahan Seorang Wanita Tempatan Bantu Siasatan

Seorang wanita tempatan telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap seorang pempengaruh media sosial.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, wanita berusia 35 tahun itu ditangkap di Rawang, Selangor pada jam 1.45 pagi Isnin.

“Suspek kini direman tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah), Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, pihaknya menerima aduan berhubung kes terbabit daripada seorang lelaki berusia 39 tahun pada jam 4.13 petang, Sabtu lalu.

“Siasatan pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku pada 30 Jun dan 1 Julai lalu, semasa pengadu berada di Jalan Ipoh, di sini, telah terlihat dua posting melalui Tiktok mengenai fitnah dan ugutan terhadap pempengaruh itu.

“Kedua-dua akaun TikTok tersebut telah menggunakan gambar pempengaruh itu sebagai latar belakang kandungan video yang telah dimuat naik ke akaun masing-masing,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kandungan video tersebut mengandungi ugutan dan ancaman serta kata-kata kesat dan lucah.

“Hasil semakan polis mendapati tohmahan dan fitnah yang dilaporkan wujud berdasarkan tangkap layar yang dikemukakan oleh pengadu kepada pihak polis, namun disyaki telah dipadam oleh kedua-dua pemilik akaun Tiktok tersebut,” katanya.

Tambah beliau, Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik kandungan yang boleh menimbulkan kegusaran dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan insiden ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Kumaran Krishnan di talian 010-9093726 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222,” katanya.

Isu buli siber di media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet – Menteri Komunikasi

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, pada Ahad, menyatakan bahawa isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.

Menurut beliau, pembentangan ini diminta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan akan menyentuh insiden melibatkan seorang pempengaruh TikTok yang didakwa membunuh diri akibat buli siber.

Mayat pempengaruh wanita berumur 29 tahun itu ditemui di rumahnya kira-kira jam 11 pagi, Jumaat lalu.

Fahmi menambah bahawa masalah utama dalam menangani buli siber adalah kebanyakan pelaku bersembunyi di sebalik akaun palsu, menyukarkan usaha mengenal pasti mereka.

Beliau juga menyatakan bahawa keluarga pempengaruh tersebut telah membuat laporan polis dan pihak kementerian telah berhubung dengan TikTok, yang menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama yang lebih proaktif.

BACA: Majlis Perkahwinan Bertukar Duka, Lelaki Maut Ditembak

BACA: Isu Buli Siber Dibentang Dalam Mesyuarat Kabinet Jumaat Depan

BACA: Dua Beradik Kritikal Termakan Keropok Beracun Di Kulim

Sumber: Sinar Harian