Siakap Keli
sambut ibu haji
Gambar: TikTok @wanie_zaidie8510

“Pergi Berdua, Pulang Sendirian,” Anak-anak Pilu Sambut Kepulangan Ibu Dari Haji Tanpa Bapa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Pergi Berdua, Pulang Seorang,” Anak-anak Pilu Sambut Kepulangan Ibu Dari Haji Tanpa Bapa

Setiap tahun, Malaysia menghantar jemaah Haji mengikut kuota yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi mengerjakan Rukun Islam kelima itu.

Tentunya pemergian dan kepulangan tetamu Allah ini disambut dengan penuh gembira selepas lebih sebulan berada di bumi Makkah.

Walau bagaimanapun, berbeza pula suasana yang dialami oleh pemilik akaun TikTok @wanie_zaidie8510 apabila hanya menyambut kepulangan ibu tercinta tanpa bapanya disisi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Muazam Shah, Alor Star pada 29 Jun lalu.

Dalam perkongsian itu, dia meluahkan rasa syukur apabila ibunya selamat tiba ke tanah air dalam keadaan sihat dan selamat.

Alhamdulillah mak dah selamat sampai dalam dakapan kami anak-anaknya pada 29 Jun 2024.

“Alhamdulillah mak sihat dan baik-baik saja. Cuma ada sedikit batuk-batuk,” tulisnya.

Gambar: TikTok @wanie_zaidie8510

Sudah tentunya berat untuknya bersama lima lagi adik-beradik yang lain menerima kenyataan bahawa bapa mereka telah pergi buat selama-lamanya, apatah lagi momen lambaian arwahyarham ketika mengerjakan Haji pada 15 Mei masih segar dalam ingatan.

Tambahnya, dia menyifatkan ibunya seorang yang tabah menjalani ibadah itu meskipun peneman hidupnya telah dijemput Ilahi.

Mental dan fizikal mak kuat. Mak juga hebat macam ayah. Mak kata ayah tengah tunggu kita semua dekat syurga. 

Walaupun mak nampak kuat secara fizikalnya, tapi kami semua tahu mak berusaha melawan dengan emosi dalam sanubari,” katanya lagi. 

Gambar: TikTok @wanie_zaidie8510

BACA: Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Ketika Tawaf

Wanie turut berjanji bersama adik-beradik lain untuk sentiasa menjaga bidadari tak bersayap mereka semampunya di samping mendoakan kesejahteraan arwah bapanya.

Mak jangan risau, sampai kiamat kami enam beradik akan jaga dan pertahankan mak. Sumpah, kami sayang mak sangat-sangat.

“Tiada siapa yang boleh sakitkan mak selagi ada kami di sisi. Kini, kami hanya ada mak di bumi ini. 

Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kita tanpa ayah di dunia ini. Semoga semuanya baik-baik dan indah-indah sahaja. InsyaAllah,” doanya. 

@wanie_zaidie8510

Alhamdulillah mak dah selamat smpai dalam dakapan kami anak2 nya pada 29.06.2024🥰 Alhamdulillah mak sihat dan baik2 saja. Cuma ada sedikit batuk2. Mental dan fizikal mak kuat. Mak juga hebat mcm ayah🥰Mak kata ayah tgh tggu kita smua kat syurga🥰 Walaupun mak nmpk kuat secara fizikalnya, tapi kami smua tau mak berusaha melawan dgn emosi dalam sanubari. Mak jgn risau, sampai kiamat kami 6beradik akan jaga dan pertahankan mak. Sumpah, Kami sayang mak sgt2. Tiada sapa yg boleh sakitkan mak selagi ada kami di sisi. Kini, kami hnya ada mak di bumi ini🤍 Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kita tanpa ayah di dunia ini. Semoga smuanya baik2 dan indah2 sahaja. InsyaAllah🤍🤍🤍 Hasbunallah wanikmal wakeel…. #kenanganhaji1445H #haji1445H #hajimabrur #hajidanhajjah #jemaahtabunghaji #tabunghajiterbaik #makjugainsanhebat #sayangmak #alfatihahayah #fyp #fypage

♬ original sound – Wanie_zaidie8510 – Wanie_zaidie8510

Sumber: TikTok @wanie_zaidie8510

BACA JUGA: Jemaah Haji Muda Raih Keputusan 9A Dalam SPM

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.