Status Larian “Did Not Finish”, Syed Saddiq Beri Penjelasan
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terdapat kesilapan pada Kejohanan Triattlon lon Antarabangsa Desaru 113 hujung minggu lalu menyebabkan dia dianugerahkan tempat ketiga.
Beliau secara terbuka memohon maaf atas isu tersebut dan memaklumkan status tersebut telah ditukar kepada Did Not Finish (DNF) atau tidak menamatkan larian.
Dalam klip yang dimuat naik di platform X, beliau menunjukkan data terkini mengenai larian itu selepas dipercayai berlaku kesilapan teknikal.
“Saya mempunyai kemas kini dan data terkini seperti yang diminta. Ini adalah pecahan pusingan demi pusingan paling terperinci di setiap pusat pemeriksaan yang baru saya terima daripada pasukan teknikal.
“Selepas merujuk silang ini dengan data I watch saya, jelas terdapat kesilapan. Dan saya bertanggungjawab sepenuhnya untuk itu,” tulisnya di platform X.
Berikutan itu, dia bertanggungjawab sepenuhnya dan memohon maaf berkaitan dengan kesilapan itu sebagai pendatang baru, apatah lagi sukan ini merupakan sukan yanag diminatinya.
BACA: Seorang Daripada Dua Mangsa Keropok Beracun Meninggal Dunia Hari Ini
“Ini adalah kesilapan yang jujur di pihak saya. Walaupun menyemak semula masalah semasa perlumbaan dan memberitahu pasukan teknikal, sebagai peserta saya sepatutnya lebih bertanggungjawab.
“Saya memohon maaf kepada komuniti triatlon.
“Ya saya masih baharu dan saya berharap untuk bertambah baik. Selepas bercakap dengan penganjur dan wakil teknikal, lebih baik status saya adalah DNF.
“Mereka juga mengakui bahawa ini adalah kesilapan yang jujur.
“Saya berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang dan akan bekerjasama rapat dengan komuniti untuk belajar, dan menjadi lebih baik kerana ini adalah sukan yang saya sukai,” kongsinya di platform X pada hari ini.
Sebelum ini, ahli politik berusia 31 tahun itu dilaporkan berjaya menamatkan larian solonya selama empat hari selepas tiba di Parlimen Malaysia tepat jam 9.30 pagi Isnin, lapor Sinar Harian.
Difahamkan, larian yang bermula dari Jambatan Muar pada Jumaat itu juga bertujuan untuk mengumpul dana atau peruntukan di Parlimen Muar.
Sumber: X @SyedSaddiq