Siakap Keli
sembelih lembu kebun durian
Gambar: Sinar Harian

Dua Penduduk Sembelih Lembu Didakwa Ceroboh Kebun Durian, Daging Agih Kepada Penduduk

Dua Penduduk Sembelih Lembu Didakwa Ceroboh Kebun Durian, Daging Agih Kepada Penduduk

ALOR GAJAH  — Seorang wanita warga emas dan menantu rakannya bertindak untuk menyembelih lembu milik orang lain, mendakwa haiwan tersebut menceroboh dan merosakkan kebun duriannya, lapor Sinar Harian.

Kedua-dua mereka kemudiannya mengagihkan daging sembelihan itu kepada warga Kampung Orang Asli Kubang Badak, Tebong.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, seorang lelaki berusia 38 tahun membuat laporan berhubung kehilangan lembu pada jam 8.54 malam pada Jumaat lalu.

Jelasnya, perbuatan suspek, 69, dan menantu rakannya yang juga seorang lelaki warga Indonesia terbongkar selepas penternak haiwan itu menemukan kepala lembu di kebun durian milik suspek.

“Pengadu memberitahu seekor daripada 84 ekor lembu ternakannya telah hilang yang disyaki berlaku sekitar jam 5.30 petang 4 Julai lalu sehingga 6.30 petang Jumaat lalu.

“Hasil siasatan, suspek turut mengaku daging lembu yang disembelih itu telah diagih kepada penduduk kampung.

“Ketika sedang mencari haiwan tersebut, dia terkejut apabila menjumpai satu kepala lembu mempunyai tag bernombor dikeluarkan Jabatan Veterinar yang merupakan miliknya berada di kebun durian suspek,” katanya.

BACA: Pernah Jual Dari Balkoni Tingkat 3, Peniaga Martabak Singapore Bawa Kelainan

Ekoran itu, pemilik membuat keputusan untuk pergi ke rumah pemilik kebun tersebut untuk mendapatkan penjelasan.

“Ia kerana haiwan itu telah memakan tanaman duriannya.

“Berikutan itu, pengadu telah membuat laporan polis dan kejadian itu telah menyebabkannya kerugian kira-kira RM3,000,” jelasnya.

Ashari berkata penternak lembu yang mengusahakan ternakan lembu baka kampung sejak 2010 itu mendakwa kehilangan kira-kira 20 ekor lembu dalam tempoh kira-kira setahun dan dipercayai turut dicuri dan disembelih individu sama memetik BERNAMA.

Sementara itu, Ashari berkata pihaknya telah menahan kedua-dua suspek tersebut sekitar 7.30 malam pada Sabtu lalu.

Ashari berkata wanita itu direman selama empat hari bermula Ahad lepas manakala lelaki warga Indonesia berusia 30-an itu pula direman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Sumber: BERNAMA, Sinar Harian

BACA JUGA: Jiran Telefon Minta Maaf, Anak Letak Racun – Nurain

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.