Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
adli terbangkan roti canai
Kredit: TikTok

Belajar Tebar Sejak Usia 8 Tahun, Adli Kini Tak Kekok Terbangkan Roti Canai 

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Belajar Tebar Sejak Usia 8 Tahun, Adli Kini Tak Kekok Terbangkan Roti Canai

Roti canai merupakan menu pilihan rakyat Malaysia untuk sarapan pagi. Di kampung mahupun di tengah bandar, warung yang menjual roti canai pasti mendapat sambutan di pagi hari.

Apatah lagi jika warung tersebut mempunyai keunikan tersendiri, salah satunya roti canai terbang.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular video yang menyaksikan seorang kanak-kanak menebar roti canai sambil menerbangkannya.

Video satu minit itu menunjukkan Adli Nur Iman, atau lebih mesra dipanggil Adli, begitu lincah menerbangkan doh roti canai yang telah diuli di hadapan para pengunjung warung yang sedang makan.

Aksinya yang mengagumkan itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

“Masih kecil lagi. Sudah pandai bagi terbang-terbang roti canai. Mantap,” puji seorang warga maya.

“Teruskan dik, semoga jadi anak yang pintar, sihat selalu,” ucap seorang lagi warga maya.

Biarpun ramai yang memuji dan mendoakan kejayaan Adli, terdapat segelintir yang meragui keadaan roti canai yang diterbangkan ke sana ke mari. Dan keraguan mereka terjawab apabila Adli membalas komentar dengan penuh budi bahasa.

“Mak cik, tepung tu bukan buat makan. Makan adunan lain. Itu tepung khas untuk tepung terbang. Demo saja bonus saya pada pelanggan,” maklumnya.

BACA: Berada Di Kedudukan Pertama, Roti Canai Diiktiraf Roti Terbaik Di Dunia

Belajar menebar roti canai seawal lapan tahun

Menerusi temubual SK bersama Adli, Noor Diana Ismail, kanak-kanak yang kini berusia 10 tahun itu mula belajar menebar roti canai seawal usia lapan tahun.

Bermula dengan mempelajari cara menebar roti canai dari bapanya yang juga pemilik perniagaan tersebut, Ahmad Jusuf, penebar roti canai cilik itu meningkatkan kemahirannya dengan mempelajari cara untuk terbangkan pula roti canai.

Adli mempelajari kemahiran ini daripada salah seorang bekas pekerja di warung tersebut. Dengan hanya dua bulan, Adli berjaya menguasai kemahiran menerbangkan roti canai walaupun hanya ke sana pada hujung minggu.

Di samping itu, si cilik ini turut berlatih di rumah dengan menggunakan kain khas yang dibuat oleh bapanya sendiri.

Sewaktu ditemuramah, Diana memberitahu bahawa kehadiran Adli membantu di kedai milik bapanya bukan satu paksaan dari sesiapa. Kehadirannya yang sukarela itu atas sebab minatnya dalam berniaga.

Penebar roti canai cilik itu juga kerap membantu di warung kerana gembira dapat bertemu ramai pelanggan di samping menghiburkan mereka.

BACA: Resipi Roti Canai “Homemade”, Tak Perlu Pergi Kedai Dah Lepas Ni

Sebelum ini, warung milik bapanya yang terletak di Kampung Permatang Manjung, Perak ini dikenali dengan nama Warung Abg Mad Roti Canai. Namun, setelah mendapat inspirasi dari Adli dan aksinya, nama warung tersebut ditukar kepada Warung Roti Canai Adik Terbang.

Menurut perkongsian Diana, Adli merupakan seorang anak yang manja. Anak bongsu dari tiga adik-beradik itu sering meluangkan masa membantu kedua ibu bapanya di warung tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.

Walaupun begitu, mereka tetap memberi sedikit ganjaran buatnya sebagai satu penghargaan dan pembakar semangat.

adik roti canai terbang
Kredit: TikTok Adik Terbang

Ketika ditanya berkenaan kehidupan Adli sebagai seorang murid, Diana menceritakan aktiviti anaknya yang tidak pernah terganggu dek meluangkan masa di warung.

“Adli minat dalam permainan bola sepak. Adli juga aktif dalam bola sepak. Setiap hari selepas balik sekolah Adli akan berlatih bola sepak dalam pasukan Helang Manjung FC.

“Adli bercita-cita menjadi seorang Pegawai Bomba. Sebab dia kata dapat bantu orang,” maklumnya.

Sebagai seorang ibu, Diana mengakui dia dapat melihat perubahan pada diri anaknya selepas melibatkan diri dalam perniagaan keluarga.

“Adli ni dia amat menghormati orang. Tak kira lah orang tu tua ke muda ke. Atau kanak-kanak. Dia betul-betul hormat pada orang.

Selain itu, cara dia bercakap dengan orang ramai pun amat sopan. Semua pelanggan kami amat senangi dia.

“Alhamdulillah dikurniakan anak seperti Adli,” ucap Diana, mensyukuri anugerah hidupnya itu.

Didoakan semoga adik Adli berjaya dalam mencapai cita-citanya.

Sumber: TikTok Adik Terbang

BACA: Tawar Gaji RM5,000, Pembuat Roti Canai Dicari Di Singapura