Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
semak arah kiblat
Kredit: BERNAMA

Peluang Semak Arah Kiblat, Istiwa A’dzam Berlaku 15 Julai Ini

Azizah Najib

Peluang Semak Arah Kiblat, Istiwa A’dzam Berlaku 15 Julai Ini

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP) hari ini memaklumkan fenomena Istiwa ‘Adzam bakal berlaku pada jam 5.27 petang waktu Malaysia, 15 Julai 2024.

Fenomena ini merujuk keadaan kedudukan matahari yang berada tepat di atas Kaabah.

“Nilai sudut istiwa Matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah di mana Kaabah terletak. Bayang-bayang objek tegak akan menunjukkan arah ke Kaabah (kiblat) ketika Istiwa A’dzam,” kongsi Pejabat Mufti WP lagi.

Hanya berlaku dua kali dalam setahun, umat Islam boleh menggunakan peluang ini untuk menyemak ketepatan arah kiblat di kediaman atau premis masing-masing.

Merujuk kepada perkongsian ini, Pejabat Mufti WP turut memberikan panduan untuk menyemak kiblat pada 15 Julai nanti.

BACA: Semakin Menular, Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum “Childfree”

Panduan semak ketepatan arah kiblat

“Semakan boleh dilakukan di premis atau kediaman masing-masing.

“Pastikan waktu semakan adalah mengikut waktunya. Sila rujuk waktu yang tepat berdasarkan waktu Malaysia di mst.sirim.my

“Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung atau hujan) supaya barang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda.

“Gunakan objek tegak dan lurus seperti tiang atau tingkap rumah dan sebagainya. Bayang-bayang yang terhasil daripada objek tersebut menunjukkan arah kiblat,” maklum Pejabat Mufti WP.

semak arah kiblat
Panduan menyemak ketepatan arah kiblat di premis dan kediaman. Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Setelah menanda arah kiblat dari bayang-bayang objek, Pejabat Mufti WP menyarankan untuk menyemak semula arah kiblat sedia ada.

Semakan boleh juga dibuat menggunakan aplikasi di telefon pintar, namun tertakluk kepada keadaan fungsi sistem GPS telefon dan gangguan magnet di sekitarnya.

Terdahulu, fenomena ini telah berlaku pada 27 Mei 2024, jam 5.18 petang selepas waktu Asar.

Memandangkan ini kali kedua fenomena Istiwa A’dzam berlaku bagi tahun ini, pastikan anda tidak terlepas untuk menyemak arah kiblat. Jika tidak, anda perlu menunggu peluang di tahun hadapan pula.

Sumber: Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

BACA: Apakah Hukum Guna Umpan Hidup Untuk Memancing Ikan? Ini Jelas Dr Zulkifli

BACA: Hukum Menyimpan Daging Korban Lebih Daripada Tiga Hari