Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
wanita mengandung dibunuh suami
Gambar: Sinar Harian

Wanita Sarat Mengandung Lapan Bulan Maut Dibunuh Suami

Iqbal Yasir

Wanita Sarat Mengandung Lapan Bulan Maut Dibunuh Suami

SUMATERA BARAT — Seorang lelaki ditangkap oleh polis selepas dipercayai membunuh isterinya yang sarat mengandung lapan bulan di sebuah rumah sewa di Aro IV Korong, Sumatera Barat, Indonesia pada Selasa lalu, lapor Kompas.com.

Menurut Inspektor Nanang Saputra, punca suspek bertindak untuk membunuh isterinya adalah disebabkan daripada pertengkaran yang berlaku antara mereka berdua.

“Suspek mengakui mangsa telah melepaskan kata-kata yang membuatnya terluka hingga mencetuskan perkara itu,” katanya, pada Khamis.

Difahamkan, kejadian tersebut terbongkar selepas keluarga mangsa merasakan ada sesuatu yang pelik mengenai kematian mangsa hingga mendorong untuk membuat laporan polis.

BACA: Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Ia susulan terdapat kesan mencurigakan pada mangsa kerana terdapat lebam ditemui di beberapa bahagian badan mangsa seperti di leher, dada, telinga kiri dan belakang.

Kata Nanang, suspek yang juga suami kepada mangsa sebelum ini telah memaklumkan kepada ahli keluarganya bahawa isterinya meninggal dunia akibat sakit.

Dalam pada itu, jenzaah mangsa telah dibawa pulang oleh ahli keluarganya di Lubuk Buaya, Kota Padang pada Selasa dan dikebumikan pada hari yang sama oleh keluarganya di kawasan Batang Anai, daerah Padang Pariaman.

Suspek telah ditangkap keesokannya berdasarkan maklumat daripada saksi dan keluarga mangsa.

“Keluarga mangsa membuat laporan dan selepas siasatan mendapati pelaku adalah suami mangsa.

“Polis segera menahan pelaku berdasarkan maklumat saksi dan keluarga mangsa,” ujar Nanang.

Ketika disoal siasat, suspek mengaku membunuh mangsa dengan cara mencekik, memukul dan menekup mangsa menggunakan bantal.

Suspek kini ditahan di sel tahanan Ibu Pejabat Polis Bandar Solok untuk pemeriksaan lanjut.

Kanak-kanak Tiga Tahun Maut Dikelar Bapa Ketika Tidur

Terdahulu, Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dikelar bapa kandung sendiri sewaktu sedang nyenyak tidur dalam satu kejadian di sebuah rumah yang terletak di kota Serang, Baten, Indonesia lapor Kompas.com menerusi Siakap Keli.

BACA JUGA: Pasangan Pempengaruh, Dua Individu Disambung Reman 3 Hari Bantu Siasatan Kes Seleweng Dana Derma Awam

BACA JUGA:EURO 2024: Final Jadi Perlawanan Terakhir Bersama Sepanyol, Jesus Navas Sahkan Bakal Bersara

Sumber; Kompas.com