Pembukaan Semula: Zoo Johor Masuk Fasa Akhir Kerja Pembinaan
JOHOR BAHRU — Zoo Johor dilaporkan telah memasuki fasa akhir kerja pembinaan sebelum memasuki saringan peringkat ujian seterusnya.
Menerusi video yang dimuat naik Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Mohd Jafni Md Shukor, pembukaan semula zoo tersebut dijangka bakal dibuka pada bulan Ogos depan.
“Mungkin bulan Ogos. (Tarikh) akan dimaklumkan. Sekarang (zoo) dah ke arah persediaan dan pembukaan,” katanya di video yang dimuat naik di TikTok.
Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Facebook, mendedahkan kawasan-kawasan di sekitar zoo berkenaan sedang rancak diselenggara.
Kerja-kerja selenggara itu sedang dinaik taraf bermula dari laluan sehingga struktur konkrit.
“Kerja-kerja fasa akhir sedang rancak dijalankan.
“Diharapkan Zoo Johor dapat dibuka pada waktu yang ditetapkan. Orang Johor dah tak sabar nak serbu ni!” memetik hantaran itu.



https://www.facebook.com/ViralMediaJohor/posts/865899228896459?ref=embed_post
Sementara itu menjengah ke ruangan komen rata-rata masyarakat sudah tidak sabar menantikan pembukaan Zoo Johor.
Berikut antara komen pengguna platform tersebut;
“Harap masih tiket termurah di dunia,” komen seorang pengguna.
“Boleh datang nanti,” tulis seorang pengguna lagi.
“Zoo paling murah dan berbaloi yang saya pernah pergi,” kongsi seorang lagi.
“Tak lama dah nak buka nanti boleh pergi zoo,” komen seorang lagi pengguna.
BACA: Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu
Sebelum ini, Zoo Johor yang dijadualkan dibuka pada bulan April telah ditangguhkan ke Ogos berikutan kerja-kerja naik taraf yang tidak dijangka, lapor BERNAMA.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor.
Jelasnya. berlaku kelewatan susulan kerja-kerja tambahan yang menelan belanja RM1.1 juta
“Perunding dan kontraktor berdepan tiga isu teknikal yang tidak dijangka beberapa bulan lalu menyebabkan masa penyiapan lebih lama,” ujarnya.
Antara masalahnya melibatkan pembinaan paip kumbahan berasingan untuk setiap kandang haiwan, membaiki dinding kolam yang rosak dan mengemas kini sistem paip dan elektrik yang lama.
Pada 12 Februari, kerajaan negeri mengumumkan harga tiket Zoo Johor akan dikekalkan sebagai yang terendah di Malaysia apabila ia dibuka semula pada April, berikutan kerja-kerja naik taraf.
Zoo Johor, terletak di tengah-tengah Johor Bahru, telah ditubuhkan pada 1928 dan merupakan zoo tertua di negara ini, seluas 12.5 hektar dan menempatkan lebih 100 spesies haiwan.
BACA JUGA: Harry Kane Jadi Manusia Paling Sedih Dalam Final Euro Pagi Tadi
@mohdjafnimdshukor_ Kerja-kerja fasa akhir zoo johor sedang dilaksanakan, Insyallah, doakan semua berjalan lancar 🤲🏻 #BangsaJohor #MajuJohor #zoojohor #XtifJohor #N50BukitPermai #DMJafni #kulai #kulaijohor
Sumber: Facebook