Nur Farah Kartini: Penjawat Awam Ditahan Dibawa Ke Mahkamah Untuk Reman
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini.
Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook rasmi Astro Awani, suspek dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman.
Suspek yang diiringi anggota polis dilihat memakai pelitup muka dan memakai baju lokap polis berwarna oren.
Mangsa dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya
Semalam, media melaporkan penemuan mayat seorang wanita, dipercayai Nur Farah Kartini yang dilapor hilang sejak 10 Julai lepas.
Jasad berkenaan ditemui di sebuah ladang kelapa sawit, berhampiran Felda Gedangsa di Kuala Kubu Baharu.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, polis sedang menyiasat kes berkenaan dan sudah pun membuat tangkapan.
BACA: “Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat,” UPSI Ucap Takziah Kepada Keluar Nur Farah Kartini
BACA: Kes Nur Farah Kartini: Polis Tahan Seorang Penjawat Awam
Sumber: Astro Awani via Facebook