Siakap Keli
ribut petir di perlis
Kredit: BERNAMA

Amaran Ribut Petir: Ribut Kuat Di Perlis, MetMalaysia Beri Amaran Hingga 1 Tengah Hari

Amaran Ribut Petir: Ribut Kuat Di Perlis, MetMalaysia Beri Amaran Hingga 1 Tengah Hari

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini telah mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda beberapa kawasan di Malaysia, sehingga 1.00 tengah hari.

Menurut hantaran MetMalaysia yang dikeluarkan di laman sosial X, kawasan yang terjejas oleh ribut petir termasuklah Perlis dan Kedah.

ribut petir di perlis
Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia

Di negeri Kedah, kawasan-kawasan yang terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik.

Berikutan itu, Seorang pengguna laman X, yang dikenali sebagai Izzi, telah memuat naik satu hantaran yang menunjukkan keadaan ribut petir di sebuah kawasan di Perlis.

Hantaran tersebut menunjukkan keadaan ribut yang luar biasa kuat, yang mana pengguna tersebut turut meluahkan rasa bimbangnya.

ribut petir di perlis
Kredit: izzi via X

“Ribut kuat dekat Perlis sekarang. Ni lagi kuat dari hari tu. Semoga semuanya selamat,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Dalam pada itu, penduduk di kawasan-kawasan ini dinasihatkan supaya berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan harta benda.

Bagi sebarang maklumat lanjut berkaitan ramalan cuaca, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada ramalan dari masa ke masa menerusi laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia.

Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat sahih berkaitan keadaan cuaca terkini di satu-satu lokasi di Malaysia.

BACA: Ribut Di LTAL, Rakaman Kapal Terbang ‘Mengiring’ Sebelum Mendarat Raih Perhatian

BACA: Keputusan Ujian Covid-19 Tidak Perlu Lagi Dimuat Naik Ke MySejahtera – KKM

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.