Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
malakat mall cyberjaya tutup
Gambar: Malakat Mall

Malakat Mall Cyberjaya Umum Penutupan Premis Fizikal, Diskaun Jualan Aset Hingga 70 Peratus

Azizah Najib

Malakat Mall Cyberjaya Umum Penutupan Premis Fizikal, Diskaun Jualan Aset Hingga 70 Peratus

Malakat Mall yang terletak di Cyberjaya telah mengumumkan penutupan premis perniagaan mereka melalui satu hantaran di laman Facebook rasmi.

Pengasasnya, Mohd Fadzil Hashim, menyatakan bahawa Malakat Mall akan beroperasi buat kali terakhir pada Rabu, 31 Julai 2024.

Susulan penutupan ini, Fadzil mengumumkan penjualan aset dengan diskaun sehingga 70 peratus, yang akan berlangsung dari 20 Julai hingga 31 Julai 2024.

Menyoroti sejarahnya, Malakat Mall, yang mendapat sokongan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM), adalah platform perniagaan tanpa sewa pertama di Malaysia.

Dibuka pada 13 Mac 2020, gedung ini terpaksa menghadapi pandemik COVID-19 hanya lima hari selepas mula beroperasi.

Difahamkan, terdapat banyak cabaran terpaksa dihadapi dalam tempoh 4 tahun ini terutamanya selepas endemik.

Perniagaan F&B pindah ke bangunan Casa DeMadani dikenali Restoran “RumahMakan”, unit peruncitan beralih 100% ke perniagaan online

“Selepas ini, perniagaan makanan & minuman (F&B) akan berpindah ke dalam bangunan Casa DeMadani yang akan diubah menjadi Restoran “RumahMakan” yang lebih sesuai dan selesa untuk warga Cyberjaya dan sekeliling menikmati menu istimewa tempatan dan luar negara.

“Unit peruncitan pula akan berpindah 100% kepada perniagaan secara atas talian bagi jualan pelbagai barangan seperti busana, aksesori, alat tulis, buku serta perhiasan di www.malakat.com.

“Manakala, kedai Malakat Grocer akan hanya dikekalkan operasi di Taman Kosas, Ampang,” kata Fadzil menerusi kenyataan itu.

Fadzil turut memberi jaminan kepada anggota KoPPIM bahawa pihak pengurusan akan terus berusaha menghadapi cabaran ini.

Mereka akan membantu KoPPIM membeli saham ahli yang ingin menjual semula saham mereka, walaupun proses ini mungkin memakan masa.

“KoPPIM tetap kekal sebagai Koperasi Strategik yang mana jika digembeleng kekuatannya secara betul akan berjaya menjadi pembina ekonomi Ummah,” kata Fadzil.

Tambahnya, imej pasar mesra Muslim dan mesra usahawan adalah imej Malakat Mall yang tidak akan berhenti di sini dan bakal diteruskan dalam apa-apa bentuk yang bersesuaian.

“Kami akan bina kekuatan asas kumpulan kami dengan memberi fokus kepada sistem dalam talian.

“Semoga usaha ini akan mencapai kejayaan di masa hadapan. Kami mohon doa dan sokongan yang berterusan agar perjuangan ini mencapai kejayaan di masa depan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Malakat Mall mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan selama ini.

BACA: Diskaun Saman PDRM Di Pelancaran Bulan Kebangsaan Di Cyberjaya

BACA: Penjaga Gol Paling Santai, Gelagat Abam Cuit Hati Warga Maya

BACA: Malaysia Duduk Tempat Pertama Destinasi Pilihan Pelancong Dari China

Sumber: Facebook Malakat Mall via Cyberjaya Community, Malakat Mall