Siakap Keli
saliran lubang kereta
Sumber: @james_alatin

Jangan Abai, Ini Lima Lubang Saliran Pada Kereta Yang ‘Wajib’ Dibersihkan Selalu

Jangan Abai, Ini Lima Lubang Saliran Pada Kereta Yang ‘Wajib’ Dibersihkan Selalu

Di Malaysia, setiap isi rumah boleh dikatakan memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta. Kenderaan ini pula, digunakan untuk pelbagai tujuan, sama ada untuk keluar bersantai, bekerja atau mengangkut barang.

Jadi, kereta yang dibeli memang akan digunakan sepenuhnya dan banyak masa dihabiskan di atas jalan. Sebab itulah anda perlu menjaga kereta dengan baik agar kenderaan boleh terus bergerak tanpa sebarang masalah.

Seperti yang kita semua sedia maklum, setiap bahagian pada kereta sudah tentu dibina dengan fungsi tertentu. Bagi memastikan bahagian-bahagian kereta dapat berfungsi dengan baik sepanjang masa, maka ia perlu diselenggara selalu.

Mungkin sebelum ini anda terlepas pandang ataupun tidak tahu, namun terdapat beberapa lubang saliran air yang perlu diselenggara agar ia tidak tersumbat dan menyebabkan kereta anda rosak.

Lima saliran lubang air kereta yang ‘wajib’ dibersihkan selalu

Untuk makluman pembaca, tip berkenaan diambil daripada perkongsian pengguna TikTok @james_alatin.

Menurut @james_alatin, lubang saliran pertama yang perlu dibersihkan terletak pada bahagian bawah pintu kenderaan. Ia bertujuan untuk mengeluarkan air yang meresap masuk melalui celah tingkap.

Sekiranya lubang tersebut tidak dibersihkan, air yang bertakung di dalam akan menghadirkan bau busuk. Malah, air yang masuk juga berisiko menjejaskan pembesar suara elektronik yang berada di bahagian sisi pintu.

Lubang kecil di bawah tangki minyak sangat penting bagi mengelakkan sebarang kerosakan

Tambah @james_alatin lagi, kebanyakan kereta pada zaman kini mempunyai panel tingkap di bumbung yang dipanggil car sunroof.

Justeru, lubang saliran kedua yang perlu dijaga terletak pada bahagian hadapan dan belakang sunroof. Daun-daun sering tersangkut pada bahagian permukaan lubang itu dan boleh menghalang air hujan keluar.

Apabila air hujan terhalang, kebocoran dalam kabin boleh berlaku.

Seterusnya, @james_alatin turut mengingatkan pemilik kenderaan mengambil berat berkenaan lubang saliran ketiga yang terletak di bahagian tempat mengisi minyak kenderaan.

Biasanya, pemilik kenderaan tidak ambil pusing dengan keberadaan lubang tersebut dan hanya fokus mengisi minyak semata-mata.

Lubang saliran berkenaan bagaimanapun sebenarnya perlu dibersihkan selalu.

Pembersihan di sesetengah kawasan dapat mengelakkan bau yang kurang menyenangkan

Selain itu, lubang saliran keempat yang terletak di ruang penyimpanan tayar ganti juga perlu dijaga setiap masa. Air berisiko bertakung pada ruang berkenaan, jadi pemilik kenderaan hendaklah memeriksa bahagian tersebut selalu.

Akhir sekali, @james_alatin mengingatkan pengguna tentang lubang saliran kelima yang ada di bawah wind screen. Lubang saliran berkenaan juga perlu dibersihkan kerana daun-daun atau habuk mudah terperangkap pada bahagian berkenaan.

Jika lubang saliran ini jarang dibersihkan, pemandu mungkin dapat mengesan bau-bau yang kurang enak ketika memandu.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

Untuk lebih penjelasan, tonton video di bawah. Semoga bermanfaat.

BACA: Remaja Hilang Sejak Isnin, Polis Kesan Nurul Fatihah

@james_alatin

5 Lubang Kat Kereta Wajib Jaga ! #alatin #james_alatin #kereta #car #carmalaysia #education #cermin #cermingelap #tinted #tintedwindows #tiktokguru #learnontiktok #proton #perodua #holes #drainage

♬ original sound – James_Alatin – James_Alatin

Sumber: @james_alatin

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.