Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Kanak-kanak Dipercayai Dilarikan Lelaki Naik Kereta Ditemui Selamat

dua kanak-kanak dilarikan
Gambar: Sinar Harian

Dua Kanak-kanak Dipercayai Dilarikan Lelaki Naik Kereta Ditemui Selamat

Dua kanak-kanak perempuan yang dipercayai dilarikan seorang lelaki menaiki kereta Perodua Bezza di Jeram, Kuala Selangor pada Jumaat telah ditemui selamat.

Menurut Sinar Harian, dua kanak-kanak berkenaan masing-masing berumur enam dan lapan tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Polis, Mohd Ambia Nordin berkata pihaknya menerima laporan insiden berkenaan daripada ibu mangsa kira-kira 6.30 petang.

Pihak polis kemudian segera menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima laporan berkenaan.

Dua kanak-kanak dipercayai dilarikan telah ditemui selamat

Kata Mohd Ambia, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika kanak-kanak yang tinggal berjiran itu bermain di kawasan kejiranan mereka.

Bagaimanapun, kedua-dua kanak-kanak tersebut dilapor telah ditemui semula kira-kira sejam selepas dilaporkan hilang.

“Lokasi kanak-kanak itu dijumpai berhampiran kawasan rumah mereka dan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

Polis kini menyiasat insiden berkenaan mengikut Seksyen 369 kanun keseksaan dan 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kes masih dalam siasatan untuk mengesan suspek dan mengenalpasti motif kejadian.

“Orang ramai adalah diingatkan supaya sentiasa mengawasi anak-anak yang berada di luar rumah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” tambah Mohd Ambia lagi.

BACA: Pendudukan Israel Di Kawasan Rakyat Palestin “Tidak Sah” – ICJ

Sumber: Sinar Harian