Siakap Keli
Bayi selamat gaza
Gambar: Eyad Baba/AFP

Bayi Berjaya Diselamatkan Dari Rahim Seorang Wanita Yang Telah Meninggal Dunia 

Bayi Berjaya Diselamatkan Dari Rahim Seorang Wanita Yang Telah Meninggal Dunia 

Seorang bayi berjaya diselamatkan dari rahim seorang wanita yang juga ibunya yang telah meninggal dunia akibat serangan di Gaza, lapor AFP.

Menurut kakitangan perubatan di Hospital Al-Awda, wanita hamil sembilan bulan, Ola Adnan Harb al-Kurd, dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal selepas cedera parah akibat serangan di rumahnya di kem pelarian Nuseirat.

Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Raed al-Saudi, berkata wanita itu tiba di hospital dalam keadaan yang sangat kritikal dan segera dibawa ke unit kecemasan.

Meskipun rawatan intensif diberikan dan pasukan perubatan cuba menyelamatkannya, wanita tersebut bagaimanapun disahkan meninggal dunia.

Namun, doktor mendapati bahawa degupan jantung bayi di dalam rahimnya masih ada.

Oleh itu, sepasukan pakar dipanggil untuk melakukan pembedahan kecemasan.

“Mereka segera melakukan pembedahan kecemasan (caesar) untuk menyelamatkan bayi itu,” kata Saudi.

Difahamkan, bayi yang dinamakan Malek Yassin dilahirkan dalam keadaan kritikal tetapi kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan perubatan dan oksigen.

Seorang doktor di Gaza menyifatkan kelahiran bayi itu sebagai sesuatu yang luar biasa, terutama kerana ibunya meninggal dunia sebaik sahaja bayi itu dilahirkan.

BACA: Anggota Tentera Brunei Terlibat Kemalangan Maut Semasa Konvoi Motosikal Ke Sandakan

Dalam pada itu, wanita tersebut adalah salah seorang daripada sekurang-kurangnya 30 orang yang terbunuh di seluruh Semenanjung Gaza, dengan tujuh daripada mereka terbunuh di kem pelarian Nuseirat, menurut jurucakap pertahanan awam.

Sumber perubatan di Hospital Al-Awda juga melaporkan bahawa empat kanak-kanak dari Nuseirat cedera ketika bermain di atas bumbung, dengan seorang daripadanya memerlukan amputasi.

Bukan itu sahaja, peperangan di Gaza telah meningkatkan risiko wanita hamil untuk melahirkan anak.

Kini, hanya 1,500 katil hospital tersedia untuk lebih dua juta penduduk Gaza, berbanding 3,500 katil sebelum perang, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Hospital Al-Awda di Nuseirat adalah satu-satunya kemudahan perubatan yang mampu menyediakan penjagaan obstetrik dan ginekologi di tengah peperangan yang bermula pada 7 Oktober lalu.

BACA JUGA: Mayat Wanita Dengan Kesan Tembakan Ditemukan Di Durian Burung

Sumber: AFP via France 24

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: