Siakap Keli
Siti Nur Balqiesh selamat
Sumber: Sinar Harian

Dilapor Hilang Sejak Khamis Lalu, Siti Nur Balqiesh Ditemui Selamat

Dilapor Hilang Sejak Khamis Lalu, Siti Nur Balqiesh Ditemui Selamat

Seorang remaja perempuan, Siti Nur Balqiesh, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Penawar pada Khamis lepas telah ditemui selamat di Pasir Gudang pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora, memaklumkan bahawa remaja berusia 17 tahun itu ditemui oleh orang awam di sebuah kedai makan berhampiran hentian bas di Pasir Gudang pada petang Sabtu.

“Orang awam mengecam wajah remaja perempuan itu sebagai Siti Nur Balqies selepas melihat hebahan orang hilang oleh pihak polis yang tular di media sosial.

“Ibu kepada remaja perempuan telah dihubungi dan bertindak mengambil Siti Nur Balqiesh sebelum dihantar ke Balai Polis Bandar Penawar untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut Hussin, Siti Nur Balqiesh, seorang pelajar di sebuah kolej kemahiran di Johor Bahru, berada dalam keadaan sihat dan baik ketika ditemui.

Sebelum itu, Siti Nur Balqiesh dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Penawar sekitar jam 7 malam pada Khamis.

Menurut laporan, bapanya telah membuat laporan polis mengenai kehilangan anak sulung daripada empat beradik itu di Balai Polis Bandar Penawar pada malam kejadian.

Difahamkan, remaja tersebut dipercayai merajuk kerana ingin menukar kursus yang diambil, namun tidak dibenarkan kerana perlu menghabiskan semester semasa terlebih dahulu.

Pada hari kejadian, ibu bapa Siti Nur Balqiesh difahamkan telah menjemputnya dari kolej pada petang Khamis dan membawanya pulang ke rumah mereka di Bandar Penawar.

BACA: Polis Mohon Bantuan Kesan Nur Aina Faqihah, Hilang Sejak 15 Julai

BACA: Dilapor Hilang, Polis Mohon Bantuan Kesan Siti Nur Balqiesh

BACA: Dua Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Di Pantai Batu Layar

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.