Polis Mohon Bantuan Kesan Nur Aina Faqihah, Hilang Sejak 15 Julai
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dilapor hilang sejak 15 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Nur Aina Faqihah, 17, pada 15 Julai yang lepas.
Katanya lagi, remaja berkenaan kali terakhir dilihat berada di rumah keluarganya di Kampung Laman, Lurah Bilut di Bentong, Pahang.
Berdasarkan maklumat yang dimuat naik Facebook Polis Daerah Bentong, Nur Aina berkulit sawo matang, berketinggian kira-kira 165 sentimeter, mempunyai berat sekitar 60 kilogram dan berbadan sederhana.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu tersebut untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (PKD) Polis Daerah Bentong di talian 09-2231999,” kata Zaiham.
Mereka juga boleh menghubungi mana-mana balai polis yang berada di bawah pentadbiran IPD Bentong.
BACA: Jadi Pengantara, Pemuda Guna Bahasa Isyarat Terjemah Ceramah UAS Untuk Mak Ayah
Sumber: Polis Daerah Bentong