Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Guna Bahasa Isyarat
Kredit: @nabilnazrol via TikTok
Tiada Kategori

Jadi Pengantara, Pemuda Guna Bahasa Isyarat Terjemah Ceramah UAS Untuk Mak Ayah

Athirah

Jadi Pengantara, Pemuda Guna Bahasa Isyarat Terjemah Ceramah UAS Untuk Mak Ayah

Bahasa isyarat merupakan satu kaedah untuk berkomunikasi tanpa menggunakan suara yang bergantung kepada pergerakkan tangan, bibir dan badan untuk menyampaikan maklumat.

Biasanya, bahasa isyarat digunakan apabila kita hendak berkomunikasi dengan orang kelainan upaya (OKU) bisu dan pekak.

Dengan adanya bahasa isyarat, komunikasi menjadi lancar dan sekaligus membolehkan mereka meneruskan kehidupan seharian dengan lebih mudah.

Pemuda guna bahasa isyarat jadi pengantara ibu bapa ketika di majlis ilmu

Baru-baru ini, seorang pemuda yang juga anak kepada pasangan OKU telah menarik perhatian ramai atas kegigihannya dalam membantu ibu bapa sewaktu hadir dalam satu majlis ilmu.

Dalam satu video TikTok, @nabilnazrol, mereka ketika iti menghadiri ceramah yang disampaikan oleh penceramah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS).

Memandangkan ibu bapanya merupakan pasangan OKU, dia kemudian membantu mereka untuk ‘mendengar’ ilmu-ilmu agama yang disampaikan oleh UAS dengan menggunakan bahasa isyarat.

Dalam video berkenaan, dia dilihat sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh membantu ibu bapanya memahami dan tidak terlepas apa-apa perkongsian ilmu yang dibuat.

Ibu bapa pemuda ini kelihatan kusyuk memahami bahasa isyarat

Pada masa yang sama, ibu bapa pemuda berkenaan juga kelihatan begitu khusyuk dan memberi perhatian kepada terjemahan yang dibuat oleh pemuda berkenaan.

Sekali-sekala, mereka juga dilihat menganggukkan kepala sebagai tanda memahami apa yang diterjemahkan.

Dalam pada itu, di sekeliling mereka juga kelihatan himpunan umat manusia yang masing-masing juga khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh UAS.

Video berkenaan mendapat 5 juta tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terharu dengan tindakan @nabilnazrol kerana berusaha membantu kedua ibu bapanya dalam situasi tersebut.

Mereka juga turut meninggalkan komen dan mendoakan Nabil serta keluarganya diberikan pahala yang berganda. Malah mereka turut mengakui gembira melihat momen yang cukup berharga daripada keluarga kecil ini.

BACA: Jangan Abai, Ini Lima Lubang Saliran Pada Kereta Yang ‘Wajib’ Dibersihkan Selalu

Sumber: @nabilnazrol via TikTok