Siakap Keli
suspek farah kartini
Gambar: BERNAMA

Reman Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini Dilanjut Tujuh Hari

Reman Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini Dilanjut Tujuh Hari

KUALA KUBU BAHRU 22 Julai (Bernama) — Tempoh reman suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dilanjutkan tujuh hari lagi.

Perintah sambung reman bermula esok hingga 29 Julai ini dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza selepas mendengar permohonan polis di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini.

Lelaki berusia 26 tahun itu yang memakai baju lokap berwarna jingga dan bergari hadir dengan menaiki kereta polis pada 9.04 pagi.

BACA: Dipercayai Dibunuh, Mayat Nur Farah Kartini Ditemui Di Kuala Kubu Baharu

Suspek sebelum ini direman tujuh hari sehingga hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Bernama melaporkan penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor kira-kira 6 petang, 15 Julai lepas.

Susulan itu, suspek yang juga seorang anggota polis berpangkat lans koperal telah ditahan hari yang sama.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Nur Farah Kartini: Penjawat Awam Ditahan Dibawa Ke Mahkamah Untuk Reman

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.