Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
murid keracunan
Gambar: RTM

91 Murid SK Pulau Gaya Keracunan Makanan

Azizah Najib

91 Murid SK Pulau Gaya Keracunan Makanan

KOTA KINABALU, 23 Julai (Bernama) — Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.

Beliau berkata kejadian itu dikesan sekitar 12 tengah hari apabila guru memaklumkan terdapat murid mengalami muntah-muntah dan simptom lain.

“Maklumat awal yang diperoleh terdapat lebih daripada 20 murid yang terlibat dalam kes keracunan makanan, sebelum siasatan lanjut mendapati terdapat murid lain yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Raisin berkata pihak sekolah mengumpul maklumat murid terlibat dan membawa mereka ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) selain ada yang mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) serta Klinik Kesihatan Luyang.

“Pihak sekolah juga memberhentikan pembekalan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) serta-merta bagi sesi petang dan menasihatkan ibu bapa atau penjaga agar membawa anak jagaan masing-masing mendapatkan rawatan segera di klinik berhampiran sekiranya terdapat simptom keracunan makanan,” katanya.

BACA: Tiga Ditahan Bantu Siasatan Kes Kanak-Kanak Perempuan Hilang

Menurut Raisin Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menerusi Pegawai Unit Hal Ehwal Murid (HEM) turut bertindak menghubungi pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat awal kes.

Beliau berkata status kesihatan murid terbabit stabil namun memerlukan pemeriksaan dan dalam pemantauan pihak hospital.

Selain itu, katanya tiada kes tahap kritikal dan 90 peratus murid dimasukkan ke hospital untuk pemantauan manakala 10 peratus lagi dibenarkan balik ke rumah.

“Pihak PPD Kota Kinabalu telah membuat janji temu dengan pasukan Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu untuk menjalankan siasatan dan mengambil sampel di sekolah pada hari ini,” katanya.

Raisin berkata setakat ini punca keracunan masih dalam siasatan lanjut pihak jabatan kesihatan.

Justeru JPNS memohon semua ibu bapa atau penjaga melaporkan segera jika ada jagaan masing-masing mengalami simptom keracunan makanan selain jabatan itu juga sentiasa memantau perkembangan kes termasuk meninjau operasi rawatan mangsa di HWKKS.

BACA: Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini

BACA: Penjaga Gol Paling Santai, Gelagat Abam Cuit Hati Warga Maya

Sumber: BERNAMA