Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Beberapa Rakyat Malaysia
Kredit: Bernama

Beberapa Rakyat Malaysia Putuskan Kekal Di Bangladesh – Wisma Putra

Athirah

Beberapa Rakyat Malaysia Putuskan Kekal Di Bangladesh – Wisma Putra

PUTRAJAYA, 23 Julai (Bernama) — Wisma Putra hari ini memaklumkan beberapa rakyat Malaysia yang merupakan pelajar tahun akhir dan mereka yang bekerja di Bangladesh, memutuskan terus kekal di negara itu.

“Mereka yang memilih untuk kekal adalah disarankan untuk terus berkomunikasi dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, bagi menerima maklumat terkini dan sokongan jika perlu.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan serta memastikan keselamatan mereka terjamin, menurut kenyataan Wisma Putra itu.

Kenyataan itu memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka akan terus beroperasi seperti biasa dan memantau situasi dengan rapat, sedia bertindak dengan pantas terhadap sebarang perkembangan, serta memastikan rakyat Malaysia di negara itu mendapat maklumat dan sokongan yang diperlukan.

“Seramai 123 orang rakyat Malaysia selamat menaiki penerbangan khas AirAsia AK76 pada jam 11.23 pagi waktu tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal.

“Penerbangan itu yang sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada 5.10 petang ini,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra memaklumkan kerajaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan Bangladesh atas kerjasama baik yang telah diberikan, dalam memastikan proses membawa pulang dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka telah menyelaraskan proses evakuasi dengan kerjasama yang rapat daripada kerajaan Bangladesh,” menurut kenyataan itu.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan memutuskan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh, berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu.

Misi berkenaan melibatkan 15 pegawai daripada Kementerian Luar Negeri, Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara.

Ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai, susulan keputusan mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang telah dimansuhkan pada 2018.

Kerajaan Bangladesh telah mengenakan perintah berkurung di seluruh negara sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan dan demonstrasi yang mengorbankan lebih 130 nyawa.

BACA: Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini

Sumber: Bernama