Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
albertine ditemui selamat
Sumber: Polis Johor via Facebook

Hilang Sejak Sabtu, Albertine Ditemui Selamat 

Azizah Najib

Hilang Sejak Sabtu, Albertine Ditemui Selamat

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar mengesahkan Albertine Leo Jia Hui, 6, yang dilaporkan hilang pada Sabtu telah diselamatkan sekitar jam 4 pagi di sebuah premis hotel murah di Batang Kali.

Dalam satu sidang media yang disiarkan di Facebook, beliau berkata mangsa dalam keadaan selamat dan telah dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Manakala seorang suspek yang turut berada di lokasi penemuan tersebut telah dibawa ke Johor untuk siasatan.

“Suspek seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun dan tiada hubungan dengan mangsa.

“Kesemua lima-lima (suspek) tiada hubungan pertalian atau persaudaraan dengan mangsa,” katanya.

Menurutnya, semalam dua lelaki dan dua wanita juga telah ditangkap berhubung kes terbabit.

Albertine ditemui selamat, motif penculikan dalam siasatan

“Motif penculikan masih dalam siasatan,” katanya dalam sidang media tersebut.

BACA: Dilapor Hilang Sejak 15 Julai Lalu, Nur Aina Faqihah Ditemui Selamat

Kesemua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Sentuhan yang tidak diizinkan merupakan satu kesalahan,” jelas beliau ketika ditanya berkenaan pendakwaan di bawah Seksyen 14(a).

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu mengenai kejadian ini dengan niat untuk mengganggu emosi keluarga mangsa dan mencetuskan kegentaran awam.

“Perkara sebegini boleh mengganggu pihak polis menjalankan siasatan secara menyeluruh,” tegas beliau.

Beliau juga berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyelesaikan kes terbabit termasuk hasil daripada maklumat orang awam.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan turut mengesahkan penemuan kanak-kanak terbabit.

Terdahulu, mangsa telah dilaporkan hilang dipercayai ketika bermain di sebuah pusat perniagaan di Iskandar Puteri pada Sabtu.

Kanak-kanak itu disedari hilang oleh bapanya sekitar jam 8.30 malam, Sabtu.

BACA: Kes Nur Farah Kartini: Unit Forensik Jumpa Kunci Kereta

BACA: Tiga Ditahan Bantu Siasatan Kes Kanak-Kanak Perempuan Hilang

Sumber: Polis Johor via Facebook