Dilapor Hilang Sejak 15 Julai Lalu, Nur Aina Faqihah Ditemui Selamat
Seorang remaja perempuan, Nur Aina Faqihah dari Kampung Lama, Lurah Bilut, yang dilaporkan hilang sejak 15 Julai lalu, akhirnya ditemui dalam keadaan selamat di sebuah stesen bas Triang, Bera pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, memaklumkan bahawa remaja berusia 17 tahun itu ditemukan oleh orang awam sekitar pukul 2.30 petang.
Beliau kemudiannya dibawa ke balai polis berdekatan untuk tujuan siasatan lanjut.
Menurut Zaiham, remaja itu berada dalam keadaan stabil dan dia akan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan sebagai sebahagian daripada proses siasatan.
“Polis akan rakam percakapan remaja ini apabila dibawa balik sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya pada Isnin.
Sebelum ini, kehilangan Nur Aina Faqihah telah dilaporkan kepada pihak polis dua hari selepas gadis tersebut menghilangkan diri dari rumah keluarganya di Kampung Lama, Lurah Bilut.
Berikutan itu, pihak polis telah meminta kerjasama orang ramai dalam usaha mengesan remaja tersebut.
BACA: Dilapor Hilang, Polis Mohon Bantuan Kesan Siti Nur Balqiesh
BACA: Dilapor Hilang Sejak Khamis Lalu, Siti Nur Balqiesh Ditemui Selamat
BACA: Reman Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini Dilanjut Tujuh Hari
Sumber: Sinar Harian