Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

KBS Teruskan Sesi Perbincangan Meja Bulat Berkaitan Pembudayaan Sukan Dalam Kalangan Warga Emas

Nurul Naqiyah
pembudayaan sukan warga emas
Sumber : BERNAMA

KBS Teruskan Sesi Perbincangan Meja Bulat Berkaitan Pembudayaan Sukan Dalam Kalangan Warga Emas

1. Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh telah mempengerusikan Sesi Perbincangan Meja Bulat Pembudayaan Sukan dalam Kalangan Warga Emas Siri II Tahun 2024 bertempat di Menara KBS, Putrajaya, hari ini.

2. Sesi perbincangan meja bulat ini merupakan susulan kepada siri I yang telah diadakan pada 8 Februari 2024, dan bertujuan untuk melaporkan maklum balas dan gerak kerja program yang telah dilaksanakan bagi separuh tahun pertama 2024.

3. Bermula tahun 2024, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) mengambil langkah proaktif untuk mengalakkan sukan dalam kalangan warga emas bagi memastikan kesihatan fizikal, rohani dan mental golongan ini terpelihara.

4. Inisiatif ini dimulakan memandangkan populasi penduduk Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas telah mencecah 11.1 peratus pada tahun 2023 dan dijangka meningkat kepada 15 peratus menjelang tahun 2030. Dengan peningkatan bilangan warga emas ini, Malaysia bakal dikategorikan sebagai sebuah negara menua menurut definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang tahun 2030.

5. Selain itu, sesi perbincangan pada kali ini juga akan membincangkan inisiatif/ program/ aktiviti secara lebih berfokus kepada pengukuhan peranan agensi kerajaan untuk menjayakan inisiatif pembudayaan sukan dalam kalangan warga emas. Sesi ini mempunyai objektif seperti berikut:

5.1 Membincangkan inisiatif dan pendekatan baharu bagi merancakkan usaha pembudayaan sukan dalam kalangan warga emas;

5.2 Memperhalusi peluang kerjasama dan kerjasama rentas organisasi melibatkan hal-hal berkaitan dengan penuaan sihat dan sukan warga emas; dan

5.3 Memperkukuhkan tindakan penyelarasan bagi inisiatif pembudayaan sukan dalam kalangan warga emas secara holistik dan menyeluruh; dan

5.4 Menyokong hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan warga emas.

6. Sebanyak 15 agensi kerajaan, 5 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan 2 orang pakar rujuk telah dijemput bagi bersama berkongsi pendapat, idea, maklumat dan buah fikiran seiring dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat terutamanya warga emas. Perincian jemputan adalah seperti di LAMPIRAN A.

7. Penganjuran sesi ini akan menyumbang kepada pemerkasaan pembangunan sukan untuk semua seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).

8. Sesi Perbincangan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Tuan Mohd Azhari Mohammad.

9. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung penganjuran sesi ini, sila hubungi JBSN melalui talian 03-8871 3102 atau e-mel [email protected].