Makan Nasi & Sayur Masin, Lelaki Berjimat 21 Tahun Berjaya Kumpul RM4 Juta
Seorang lelaki di Jepun sanggup menjalani kehidupan yang sangat berjimat cermat selama 21 tahun hanya semata-mata ingin mengumpul wang untuk bersara lebih awal.
Menurut SCMP, lelaki berusia 45 tahun itu memulakan rancangan simpanan tersebut pada awal 2000-an selepas dia mendapat perkerjaan yang stabil.
Syarikat tersebut itu pula mengkehendaki pekerjanya bekerja lebih masa, bahkan sehingga lewat malam.
Malah, pengurusan syarikat tersebut sering mengingatkan kakitangan bahawa dengan ”bekerja keras dan lebih masa sahaja mereka boleh mengecapi kebahagiaan di masa hadapan”.
Disebabkan itu, dia mula meletakkan sasaran untuk menjalani gaya hidup ‘bebas kewangan, bersara awal’ atau disebut sebagai FIRE.
Bagi mencapai sasaran tersebut, dia yang memperoleh gaji tahunan kira-kira USD 32,000 (kira-kira RM149,000) telah merangka pelan untuk mencapai simpanan 100 juta Yen secepat yang mungkin.
Merangka rancangan teliti untuk kehidupan lebih baik
Lelaki itu kemudian memulakan pelan tersebut dengan menggelarkan dirinya sebagai ‘Lelaki Yang Pasti Akan Bersara Awal’ sebagai motivasi.
Selama lebih dua dekad, dia tinggal di asrama yang disediakan oleh syarikatnya dan membayar sewa sebanyak 30,000 Yen. Mankala semua peralatan dan perabot rumah pula adalah daripada barang-barang terpakai.
Menurut portal SCMP, makanan hariannya sangat ringkas dan menjimatkan iaitu buah plum masam, beberapa sayur masin dan semangkuk nasi.
Ada masanya, dia menjadikan air minuman tenaga yang diperolehi daripada kedai serbaneka menggunakan mata percuma sebagai ‘makan malam’.
Air berkarbonat dan biskut juga sering menjadi makanan utama yang dinikmatinya sambil menonton filem bertemakan penjara.
Tabiat berkenaan membuatkan dia bergurau bahawa kehidupan dalam syarikat tempat kerjayanya tidak ubah seperti berada dalam penjara.
Lelaki berkenaan berjaya capai matlamat hidupnya
Selepas mesin ketuharnya mengalami kerosakan, lelaki berkenaan hanya memakan keledek dari musim sejuk hingga ke musim panas.
Lebih ekstrem, dia juga memanfaatkan cuaca ketika musim panas dengan memasak di atas cermin kereta milik rakan sekerja.
Dia juga tidak pernah menggunakan penyaman udara atau pemanas. Pada musim panas, dia akan memakai kemeja T yang dibasahkan untuk menyejukkan badan. Manakala pada musim sejuk, dia lebih kerap bersenam untuk memanaskan badan.
Nasibnya berubah sejak penyusutan nilai mata wang negara
Semua usaha penjimatan itu akhirnya membuahkan hasil apabila dia mendedahkan berjaya membuat simpanan sebanyak USD860,000 (kira-kira RM4 juta).
Dalam pendedahan yang dibuat di media sosial pada awal tahun ini, dia memberitahu bahawa simpanan itu diperolehi melalui penjimatan yang dilakukan selama 20 tahun dan 10 bulan.
Gaya hidup yang sangat berjimat cermat itu turut memberikannya inspirasi untuk menulis sebuah buku mengenai cari menimatkan wang, yang menjadi satu lagi sumber pendapatannya ketika ini.
Selepas mencapai kebebasan kewangan, lelaki itu mengakui kehidupannya pada hari ini bertambah baik.
Dia kini menjadikan empat biji telur rebus sebagai sarapan pagi dan membeli mesin ketuhar agar dapat menikmati makanan panas.
Namun begitu, ekoran penyusutan nilai mata wang Yen, dia mengakui kini simpanannya telah berkurangan secara mendadak.
BACA: Pelakon Suara Watak Nobita, Noriko Ohara Meninggal Dunia
Sumber: South China Morning Post