Siakap Keli
Pelakon Suara Watak Nobita
Kredit: NewsBFM via X

Pelakon Suara Watak Nobita, Noriko Ohara Meninggal Dunia

Pelakon Suara Watak Nobita, Noriko Ohara Meninggal Dunia

Noriko Ohara, pelakon suara lagenda yang terkenal melalui watak Nobita dalam siri Doraemon dilapor meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Mendiang dilapor meninggal dunia pada 12 Julai lepas disebabkan penyakit yang tidak dinyatakan.

Bagaimanapun, kematian pemilik kepada nama sebenar, Noriko Tobe itu hanya didedahkan agensi yang mewakilinya hari ini.

Menurut Gigazine, mendiang memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan di sebuah syarikat penerbitan televisyen sebelum beralih ke dunia pelakon suara.

Antara yang paling diingati tentunya penglibatan mendiang bersama produksi anime terkemuka dunia, Doraemon yang menjadi ikutan kanak-kanak sejak sekian lama.

Pelakon suara watak Nobita, Noriko Ohara meninggal dunia

Sebelum menjadi pelakon suara kepada watak Nobita, mendiang terlebih dahulu menjadi pelakon suara kepada ibu watak tersebut untuk Doraemon versi Nippon TV yang bersiaran pada 1973.

Mendiang kemudian beralih menjadi pelakon suara kepada watak Nobita bermula 1979 untuk versi Doraemon yang disiarkan di TV Asahi.

Selepas itu, mendiang terus menjadi pelakon suara Nobita selama 26 tahun sehinggalah pada 2005, sekaligus membawa namanya menjadi antara pelakon suara terkemuka di dunia.

Selain Nobita, pernah juga bawa watak-watak lain

Selain memegang watak pelakon suara Nobita, mendiang turut terlibat menjadi pelakon suara kepada beberapa watak popular yang lain.

Antaranya adalah watak Peter dalam Heidi: Girl of the Alps, watak Conan dalam Future Boy Conan, watak Doronjo dalam Yatterman dan watak Oyuki dalam Urusei Yatsura.

Mendiang juga mengalih suara filem-filem Eropah dan Amerika Syarikat ke Bahasa Jepun sebelum ini.

Misalnya, suara mendiang pernah menjadi dubbing kepada pelakon Shirley MacLaine dan Catherine Deneuve.

BACA: Mahkamah Tidak Bertoleransi, Kes Bunuh Zulfarhan Jenayah Kekejaman Jarang Ditemui

BACA: Beberapa Rakyat Malaysia Putuskan Kekal Di Bangladesh – Wisma Putra

Sumber: Gigazine

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.