Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
kes bunuh zulfarhan jenayah
Gambar: BERNAMA
Tiada Kategori

Mahkamah Tidak Bertoleransi, Kes Bunuh Zulfarhan Jenayah Kekejaman Jarang Ditemui

Athirah

Mahkamah Tidak Bertoleransi, Kes Bunuh Zulfarhan Jenayah Kekejaman Jarang Ditemui

PUTRAJAYA, 23 Julai (Bernama) — Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lepas adalah kekejaman paling jarang ditemui dan mahkamah tidak akan bertoleransi dalam jenayah sebegini.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang mengetuai panel tiga hakim ketika membacakan penghakiman setebal 93 muka surat selama tiga jam berkata ibu bapa mana tidak berasa kecewa, marah, sedih dan menangisi pemergian anak kesayangan mereka apabila mayat si mati (Zulfarhan) dikembalikan ke pangkuan mereka untuk dikebumikan dalam keadaan yang cukup memilukan dan menyayat hati.

“Kes sebegini paling jarang ditemui daripada kes yang pernah berlaku (rarest of the rare) yang melibatkan jenayah kekejaman yang amat berbahaya kepada masyarakat dan perbuatan zalim sebegini harus dihentikan.

“Mahkamah tidak akan bertoleransi di dalam kejadian sebegini. Ibu bapa mana yang sanggup menanggung derita melihat anak kesayangan mereka diseksa sebegini rupa sehingga membawa kepada kematian si mati di dalam keadaan yang sungguh mengerikan,” katanya yang bersidang bersama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Panel tiga hakim itu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Zulfarhan tujuh tahun lepas, selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan bagi menghidupkan semula Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dihadapi oleh kesemua tertuduh sebelum ini.

Keenam-enam bekas penuntut itu yang kini berusia 28 tahun ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Hadhariah berkata mahkamah bersetuju dengan pendakwaan bahawa cara jenayah bunuh dilakukan telah menggugat bukan sahaja hati nurani pihak mahkamah tetapi juga hati nurani masyarakat secara keseluruhan”.

Beliau berkata di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang berkuat kuasa pada 16 Mac 2023, hukuman yang boleh dikenakan bagi kesalahan bunuh ialah hukuman gantung sampai mati atau hukuman penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak lebih daripada 40 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Bagaimanapun dalam kes ini, Hadhariah berkata faktor-faktor yang memberatkan hukuman adalah si mati orang yang tidak bersalah dan perbuatan tertuduh pertama hingga kelima cukup kejam.

“Si mati diikat kaki dan tangan semasa mereka menekap seterika ke badan si mati dan sebelum diseterika, si mati telah pun dipukul beramai-ramai.

“Walaupun keenam-enam tertuduh nampak dan melihat si mati menggelupur kesakitan, mereka tutup mata, tidak peduli dan terus menekap seterika pada keseluruhan badan si mati (kecuali di bahagian muka) sehingga mengakibatkan 90 kesan lecur,” menurut hakim itu.

Hadhariah berkata perbuatan tertuduh pertama hingga kelima menekap seterika di seluruh bahagian badan si mati termasuk kemaluannya menunjukkan mereka berniat jahat, zalim, tidak berperikemanusiaan dan tanpa ada rasa belas kasihan sesama rakan pengajian.

Beliau berkata selepas si mati diseksa dengan seterika panas, kesemua tertuduh itu menyembunyikannya untuk mengelakkan perbuatan jenayah mereka diketahui pihak atasan selain mereka juga tidak membawa si mati ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan walaupun telah dinasihatkan oleh saksi pendakwaan ketujuh iaitu pegawai perubatan Klinik As-Salam Bandar Baru Bangi Dr Azfar Hussin.

“Dua surat rujukan ke hospital tersebut juga telah diberikan. Menyalahkan si mati dalam kejadian ini sedangkan hakikat yang sebenarnya ialah semua masalah ini berpunca daripada perbuatan jahat tertuduh pertama hingga keenam,” tegasnya.

Hadhariah berkata mahkamah juga mendapati hakim bicara telah terkeliru apabila menyatakan tidak diketahui kecederaan mana pada badan si mati yang menyebabkan kematian.

“Hakim bicara juga terkhilaf apabila menyatakan mahkamah perlu mencari kecederaan yang paling serius untuk menentukan sama ada keenam-enam tertuduh mempunyai niat untuk menyebabkan kematian.”

“Pihak pendakwaan hanya perlu membuktikan kesemua tertuduh mempunyai niat untuk menyebabkan kecederaan dan pendakwaan tidak perlu membuktikan kesemua tertuduh mempunyai niat untuk menyebabkan kecederaan yang secara lazimnya boleh menyebabkan kematian,” menurut hakim itu.

Sementara itu, panel tiga hakim berkenaan turut mengetepikan hukuman penjara tiga tahun ke atas 12 lagi bekas penuntut universiti sama kerana mencederakan Zulfarhan dan menggantikan hukuman itu dengan penjara empat tahun.

Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sani dan Mohamad Syazwan Musa.

Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Kesemua mereka yang kini berusia 28 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 21 dan 22 Mei 2017.

Pada prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai, Solehah Noratikah Ismail dan N. Joy Jothi manakala kesemua tertuduh diwakili barisan peguam iaitu Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Hazman Ahmad, Amer Hamzah Arshad, AG Kalidas, Datuk Seri M. Ramachelvam, Azizzul Shariman Mat Yusoff, Datuk Abdul Karim Abd Rahman dan Ariff Azami Hussein.

BACA: Ibu Bapa Zulfarhan Sujud Syukur, Lega Keadilan Kini Terbela

Sumber: Bernama