Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
kes terengganu
Gambar: BERNAMA
Tiada Kes Bunuh, Samun Bersenjata Api Di Terengganu Dua Tahun Berturut-turut

BERNAMA

Tiada Kes Bunuh, Samun Bersenjata Api Di Terengganu Dua Tahun Berturut-turut

KUALA NERUS, 1 Feb (Bernama) -- Terengganu tidak merekodkan kes bunuh dan samun bersenjata api bagi tempoh 2024 serta 2025, sekali gus membuktikan keselamatan negeri pada tahap baik dan terkawal, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin. 

Beliau berkata pencapaian itu menunjukkan keberkesanan usaha serta komitmen seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu dalam mengekang jenayah dan melaksanakan pendekatan kepolisan komuniti di setiap daerah.

“Pencapaian itu membuktikan Terengganu boleh dikategorikan sebagai sebuah negeri yang selamat," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Terengganu di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Khairi berkata kes rogol dan sumbang mahram mencatatkan peningkatan dengan 94 kes direkodkan pada 2025 berbanding 90 kes pada tahun sebelumnya.

“Kebanyakan mangsa ialah remaja berusia antara 13 hingga 16 tahun serta peningkatan itu dipercayai dipengaruhi pendedahan kepada pornografi serta media sosial termasuk kandungan tidak bermoral dan perkenalan melalui aplikasi sembang yang membawa kepada pertemuan fizikal,” katanya.

Mohd Khairi berkata kes kecurian masih menjadi penyumbang tertinggi jenayah di Terengganu termasuk kecurian kabel dan besi.

"Namun kes itu menunjukkan penurunan daripada 741 kes pada 2024 kepada 674 kes pada 2025. Kes kecurian dan pecah rumah masih berlaku tetapi dalam keadaan terkawal,” katanya.

Beliau berkata cabaran utama kini ialah jenayah komersial yang semakin membimbangkan dan lebih kritikal apabila kes penipuan, khususnya dalam talian yang berlaku hampir setiap hari dan sering melibatkan pesara.

Berdasarkan statistik kes jenayah komersial, beliau berkata sepanjang 2024 sebanyak 1,335 kes dilaporkan manakala bagi 2025 pula 2,046 kes, iaitu meningkat 53.25 peratus.

Dalam pada itu, Mohd Khairi menyatakan dari segi penyelesaian kes, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Terengganu berada pada kedudukan ketujuh daripada 14 kontinjen dengan kadar penyelesaian kes melepasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan PDRM.

Sumber:BERNAMA