Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
penghalau lipas tanpa racun
Kredit: Dr MuVenda via X

Tak Perlu Racun, Ini Cara Halau Semut & Lipas Guna 4 Bahan Mudah

Azizah Najib

Tak Perlu Racun, Ini Cara Halau Semut & Lipas Guna 4 Bahan Mudah

Lipas, tikus dan serangga perosak memang sukar untuk dihalau apabila sudah bersarang. Penggunaan racun serangga kadang kala tidak menjadi, dan kadang kala memerlukan dua hingga tiga racun yang berbeza bagi setiap jenis haiwan perosak.

Kaedah yang paling berkesan ialah dengan mengupah syarikat penghapus haiwan perosak namun bayaran yang dikenakan membuat ramai di antara kita membatalkan hasrat.

Tahukah anda? Sebenarnya terdapat satu cara yang sangat mudah, murah dan tidak membahayakan penghuni rumah. Ikuti perkongsian seorang pengguna laman X (@Ndi_Muvenda_) berikut.

Penghalau lipas tanpa racun

Untuk menghasilkan penghalau lipas, tikus dan serangga perosak serba mudah dan murah ini, anda hanya perlukan tepung jagung, gula putih dan tomato yang sudah ranum.

Pasti anda pelik, kesemua bahan ini kalau ikutkan lebih menarik kedatangan haiwan perosak. Bagaimana dapat digunakan untuk menghalau pula?

Jadi, bagi menghalau haiwan perosak, anda perlukan bahan utama dalam membuat racun tanpa toksik ini, iaitu soda bikarbonat (baking soda).

penghalau lipas
Kredit: Dr MuVenda via X

Sediakan mangkuk sederhana besar dan masukkan tiga sudu besar tepung jagung. Kemudian, tambahkan tiga sudu gula putih dan satu sudu soda bikarbonat.

Kacau hingga sebati kemudian ketepikan.

BACA: Macam Sama Tapi Tak, Ini Perbezaan ‘Baking Soda’ Dengan ‘Baking Powder’ Dalam Masakan

BACA: Durian Brûlée: Pemanis Mulut ‘Teatime’ Ala Paris

Ambil tomato tadi dan potong setebal lebih kurang satu sentimeter. Jangan nipis sangat sebab tomato dah ranum, risau belum sempat guna dah hancur lebur.

Kemudian, susun tomato satu per satu untuk taburkan campuran soda bikarbonat tadi. Campuran soda bikarbonat boleh diletakkan di tempat yang disyaki kawasan ‘tumpuan’ haiwan perosak.

penghalau lipas
Kredit: Dr MuVenda via X

Pastikan campuran tersebut diletakkan di kawasan yang tidak menghalang laluan, malah lebih selamat jika tertutup atau tersembunyi bagi mengelakkan kanak-kanak dan haiwan peliharaan mudah capai.

Bagaimana campuran ini boleh menjadi penghalau haiwan perosak?

Kewujudan soda bikarbonat di dalam campuran boleh membuatkan tikus yang memakannya tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna. Keadaan ini secara perlahan-lahan membuatkan tikus beredar ke kawasan tumpuan lain bagi mendapatkan makanan.

BACA: Penjaga Gol Paling Santai, Gelagat Abam Cuit Hati Warga Maya

Campuran ini sememangnya tidak toksik dan tidak mendatangkan bahaya kepada penghuni rumah berikutan penggunaan soda bikarbonat yang sedikit.

Namun bagi haiwan perosak yang kecil seperti lipas dan semut, jumlah soda bikarbonat yang diletakkan mampu membawa maut. Biarpun begitu, serangga perosak seperti lipas tidak mati serta-merta selepas memakan soda bikarbonat. Serangga ini mungkin cuma tidak mampu bergerak ke mana-mana. Soda bikarbonat mengambil masa 12 hingga 24 jam untuk membunuh lipas selepas dimakan.

Suka untuk SK titipkan pesan, jangan gunakan soda bikarbonat terlalu banyak. Satu sudu makan sudah mencukupi. Hal ini berikutan kucing boleh keracunan jika termakan soda bikarbonat dengan jumlah satu hingga dua sudu teh.

BACA: Selipar Jepun Kini ‘Sandal Trendy’, Dijual Lebih RM5,000 Di Arab Saudi

Sumber: Dr MuVenda via X