Adik Ni Teruja, Dapat Jumpa ‘Uncle Mamak’ Kesukaan Selepas Lama Terpisah
Kedai mamak sememangnya cukup terkenal di Malaysia dan boleh dikatakan kedai ini sentiasa dipenuhi pelanggan tanpa mengira status dan bangsa.
Selain makanan yang dihidangkan rata-ratanya unik dan enak, orang ramai suka ‘melepak’ di kedai mamak kerana perkhidmatan yang ditawarkan rata-rata cukup baik.
Ada yang datang mencari nasi kandar, ada juga yang sekadar mahu pekena teh tarik atau kopi sambil berborak pelbagai isu semasa bersama rakan-rakan.
Pekerja di restoran mamak juga selalunya ramah, jarang tersilap mengambil pesanan dan juga pantas menyiapkan semua pesanan yang diterima.
Rapat sejak empat tahun lalu, adik ni minta mahu jumpa ‘uncle mamak’ kesukaannya
Maka tak hairanlah, ada pelanggan yang berjaya membina hubungan yang akrab dengan pekerja di restoran mamak, seperti yang ditunjukkan oleh adik ini.
Menurut seorang pengguna TikTok, @moonlightflower7_, anaknya yang bernama Luth mempunyai hubungan rapat dengan salah seorang pekerja di sebuah restoran mamak yang selalu mereka kunjungi.
Malah, Luth juga sering meminta @moonlightflower7_ membawa dia bertemu dengan pekerja berkenaan.
Bagaimanapun, pekerja itu dikatakan sudah berpindah ke cawangan lain dan dan membuatkan anaknya tercari-cari ‘uncle mamak’ yang sudah menjadi rakan baiknya.
Demi menggembirakan hati anaknya, @moonlightflower7_ membuat keputusan untuk memberi kejutan dengan membawa Luth ke cawangan di mana ‘uncle mamak’ itu bekerja.
Selepas sekian lama terpisah, pada awalnya Luth kelihatan sedikit segan ketika bertemu dengan pekerja berkenaan.
Malah, pekerja berkenaan juga mengakui terkejut kerana sudah lama tidak bertemu dengan kanak-kanak tersebut.
Namun akhirnya, mereka saling berpelukan dan jelas kelihatan keakraban diantara kedua-dua insan ini.
“Mesti uncle pun rindu anak dia kat sana”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji tindakan @moonlightflower7_ melakukan kejutan seperti itu.
Malah, ada juga berkongsi pengalaman mereka yang mempunyai kisah yang sama selepas mempunyai hubungan yang baik dengan pekerja di kedai mamak selama bertahun-tahun.
BACA: Nampak Sama, Ramai Ingat Ini Buah Manggis Tetapi Sebenarnya Bukan
@moonlightflower7_ Cerita Luth N “Uncle Mamak”, Dorg kenal rapat dah almost 4 tahun.. Itu dia tertanya2 🥹 #fypgirlシ
Sumber: @moonlightflower7_ via TikTok