JKM Kesan Ibu Kandung, Waris Kepada Dua Kanak-Kanak Perempuan
Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara (SPU) mohon bantuan mengesan ibu kandung serta waris kepada dua kanak-kanak perempuan.
Kanak-kanak tersebut yang dikenali Nur Chong Mei Kwan Abdullah, 7, dan Nur Radhiyatul Husna Abdullah, 14, dipercayai merupakan mangsa pengabaian ibu kandung mereka.
Siasatan awal oleh Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah SPU mendapati bahawa ibu kandung mereka, Rosnani Hanifah, telah menyerahkan kanak-kanak tersebut kepada seorang penjaga, Rabiatul Adawiyah Harody, 25.
Dua kanak-kanak tersebut ditinggalkan bersama dokumen pengenalan diri, dan ibu kandungnya kali terakhir dilihat di Greenfield Blok D Jalan 1/155B, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Difahamkan, ibu kandungnya sepatutnya hanya menyerahkan kanak-kanak tersebut untuk sementara waktu dengan alasan ingin mencari pekerjaan di Pulau Pinang.
“Namun hingga kini ibu kandung tidak muncul dan tidak dapat dihubungi. Laporan polis juga telah dibuat oleh penjaga.
“Permohonan pengecualian Seksyen 15(3) Akta Kanak- Kanak 2001 telah diluluskan untuk siaran media,” katanya pada Khamis.
Justeru, waris atau orang ramai yang mengenali ibu kandung kanak-kanak terbabit diminta untuk menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang,Noor Rabbani Mat @ Mohammed di talian 04-5758715 @ 04 -5758716.
BACA: Aktiviti Hiburan, Bunyi-bunyian Muzik Pada Malam Jumaat Dilarang Di Kelantan – EXCO
BACA: Permohonan MyKid Dibuka Semula Bermula 29 Julai – JPN
BACA: 1671 Pegawai, Anggota Polis Dibuang Kerja Dalam Tempoh 10 Tahun – JIPS Bukit Aman
Sumber: Sinar Harian