Salah Tengok Ancam Nyawa, Ketahui Cara Tepat Laraskan Cermin Sisi
Cermin sisi merupakan salah satu elemen penting buat kenderaan. Meskipun hanya memantulkan pemandangan di bahagian sisi belakang, tetapi ia sangat berguna malah mampu menyelamatkan nyawa pengguna jalan raya.
Kenapa cermin sisi ini sangat berguna? Jawapannya adalah semasa hendak menukar lorong ketika memotong atau memasuki susur keluar atau simpang.
Walaupun sering digunakan setiap kali memandu kenderaan di atas jalan, namun masih ramai yang kurang arif menggenai penggunaan cermin sisi dengan betul.
Oleh itu, SK hari ini akan berkongsikan tip yang disampaikan oleh pengguna TikTok @altimatautogarage mengenai trick menggunakan cermin sisi di bawah.
Menurut seorang lelaki, cermin sisi mempunyai trick yang boleh memudahkan pemanduan pengguna jalan raya.
Pada cermin sisi, anda sebagai pemandu perlu mengenalpasti empat bahagian khususnya ketika ingin menukar lorong. Jika tersalah membuat keputusan boleh mengundang risiko kemalangan atau lebih teruk maut.
“Dekat cermin sisi ini ada empat bahagian, tiga petak ini maksudnya zon bahaya. Petak ini (atas kiri) pula zon selamat.
“Kalau korang bawa kereta nak tukar lorong sebelah, tengok cermin sisi kalau kereta belakang laluan sebelah itu dekat dalam zon selamat macam ini.
“Korang boleh bagi signal dan tukar lorong. Tetapi kalau kereta belakang itu dekat zon bahaya ini, jangan tukar lorong,” katanya.


BACA: Kenapa Plat Kereta di Perak bermula huruf “A” ? Ini Sebabnya
Tambahnya, dia menasihati agar pemandu bertolak ansur dan memberi laluan untuk kenderaan tersebut bergerak ke depan dahulu.
Kemudian, barulah berikan signal dan tukar lorong kiri atau kanan anda.
“Bila guna cara ini, kan lebih mudah dan lebih yakin pemanduan korang itu,” katanya lagi.
Oleh itu, sentiasa pastikan cermin sisi berada dalam keadaan baik atau boleh dilihat kerana ia dapat membantu untuk kita melihat pada titik buta.
Semoga bermanfaat.
@altimatautogarage Salah tengok side mirror boleh ancam nyawa !! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelkeretakuang #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelrepairaircondkereta #aircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #automotive #automotivemalaysia #automotif #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifindonesia
♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage
Sumber: TikTok @altimatautogarage