Siakap Keli
polis didakwa hari ini
Gambar: BERNAMA

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Anggota Polis Akan Didakwa Hari Ini

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Anggota Polis Akan Didakwa Hari Ini

HULU SELANGOR, 26 Julai (Bernama) — Seorang anggota polis akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit.

Lelaki itu yang bertugas di Perak akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Setakat pukul 7 pagi, pengamal media mula berkumpul di luar mahkamah untuk membuat liputan kes itu.

BACA: 1671 Pegawai, Anggota Polis Dibuang Kerja Dalam Tempoh 10 Tahun – JIPS Bukit Aman

Nur Farah Kartini, 25, yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di sini, kira-kira pukul 6 petang lima hari kemudian.

Sebelum ini, tempoh reman terhadap lelaki berumur 26 tahun itu dilanjutkan selama tujuh hari hingga 29 Julai selepas tahanan reman pertama tamat, namun hari ini pendakwaan mendapat izin untuk pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

BACA: Mahkamah Tetapkan 28 Ogos Untuk Serahan Dokumen Kes Lelaki Cuba Bunuh Isteri Di KLIA

BACA: Menakjubkan, Fenomena Penghijaban Zuhal Dirakam Awal Pagi Tadi

Sumber: BERNAMA

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.