Siakap Keli
bunuh ayah ps
Gambar: AFP

Lelaki Dipercayai Alami Depresi Bunuh Ayah Sendiri, Marah Tak Dibeli PS & Tolong Carikan Kerja

Lelaki Dipercayai Alami Depresi Bunuh Ayah Sendiri, Marah Tak Dibeli PS & Tolong Carikan Kerja

Seorang ayah berusia 66 tahun maut selepas dibunuh oleh anak sendiri, dalam kejadian yang berlaku 22 Julai lepas di Kabupaten Sleman, Yogyakarta di Indonesia.

Menurut Tribun News, suspek berusia 22 tahun bertindak demikian kerana kecewa mangsa tidak membelikannya konsul permainan video, Playstation.

Suspek juga dikatakan merasa marah kerana mangsa tidak menolong mencarikan pekerjaan untuknya.

Anak bunuh ayah sendiri, marah tak dibeli PS & tolong carikan kerja

Kejadian berkenaan turut disahkan oleh Kepolisian Resor Kota Besar (Kapolresta) Sleman, Komisaris Besar Polisi (Kombes) Yuswanto Ardi.

“Suspek yang merupakan anak ketiga mangsa. Motif pembunuhan kerana suspek minta dibelikan Playstation, namun tidak ditunaikan oleh mangsa.

“Kemudian, suspek juga meminta mangsa dicarikan kerja, tetapi mangsa masih belum mampu dapatkan pekerjaan untuknya. Jadi, suspek merasa marah,” kata Yuswanto.

BACA: Murid Tahun Empat Maut Akibat Keracunan Makanan Di Sandakan

Tambahnya lagi, suspek juga sebelum ini pernah dilaporkan mengalami gangguan jiwa.

“Pemeriksaan latar belakang ke atas suspek juga mendapati ada rekod mengalami depresi selama ini,” tambahnya lagi.

Polis juga turut mendapatkan bantuan daripada pakar psikatri susulan berdepan kesukaran untuk berkomunikasi dengan suspek.

Dalam pada itu, penduduk setempat yang mengenali keluarga itu turut memberitahu bahawa suspek merupakan seorang yang pendiam dan sukar diajak berbual.

BACA: Hilang Sejak 15 Julai, Polis Mohon Bantuan Kesan Nur Shafila Suaib

Sumber: Tribun News

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.