Siakap Keli
'Makcik Melaka'
Kredit: @otamblurrrr via TikTok

‘Makcik Melaka’, Mak Menah Meninggal Dunia

‘Makcik Melaka’, Mak Menah Meninggal Dunia

Watak yang popular di media sosial TikTok, Mak Menah atau nama sebenarnya Ramnah binti Abdul Ghani dilapor meninggal dunia, hari ini.

Berita pemergian Allahyarhamah dikongsikan oleh seorang pempengaruh TikTok, yang juga saudara terdekatnya, @otamblurrrr.

Allahyarhamah yang turut dikenali sebagai Makcik Melaka memiliki watak yang ceria dan kehadirannya sering menghiburkan warganet, khususnya dalam kalangan pengguna TikTok.

Telatah arwah yang ceria sering dikongsikan pempengaruh media sosial itu yang menghiburkan hati orang ramai dengan percakapan orang Melaka.

Minggu lalu, @otamblurrrr turut memuat naik sebuah video yang berkongsi perkembangan semasa kesihatan Mak Menah. Bagaimanapun, dalam video berkenaan Allahyarhamah sempat bergurau senda dan tidak menunjukkan kesakitan yang dialaminya.

Pemergian Mak Menah memberi kesan kepada orang ramai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa sedih dan turut terasa kehilangan apabila menerima berita pemergian Mak Menah.

Kepulangan Mak Menah ke negeri abadi tentunya memberik kesan mendalam, lebih-lebih lagi kepada mereka yang selalu tertunggu-tunggu gurau senda dan perbulan dalam dialek Melaka oleh Allahyarhamah.

“Tak pernal kenal, tapi pemergian Mak Menah sangat-sangat terasa. Terima kasih Mak Menah selalu menghiburkan kami semua dengan telatah Mak Menah. Mak Menah selalu dalam ingatan kami semua,” komen seorang warganet.

“Semoga Allah mengampuni segala dosa Arwah Mak Menah, serta Allah golongkan Mak Menah dalam kalangan para Soleha. Sekejap masa berlalu, Mak Menah orang yang baik,” komen seorang lagi warganet.

Gelagat Mak Menah pernah menghiburkan hati orang ramai

Terdahulu, video yang dimuat naik oleh @otamblurrrr memaparkan gelagat Mak Menah mengajak tetamunya makan telah mengundang perhatian ramai.

Dia yang pada mulanya berborak seperti biasa tiba-tiba meninggikan suara seperti memarahi @otamblurrrr kerana tidak mahu makan di rumahnya.

Meskipun cara mereka berborak kadangkala seperti mahu bergaduh, namun sebenarnya itulah cara mereka mengeratkan hubungan antara keluarga dan sanak-saudara.

Bukan itu sahaja, hilai tawanya di hujung video tersebut turut membuatkan orang ramai terhibur.

BACA: Olimpiad Matematik Antarabangsa: 6 Pelajar Harumkan Nama Negara, Malaysia Catat Kedudukan Kedua Antara ASEAN

Sumber: @otamblurrrr via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.